Monday, May 7, 2012

Serangan penyakit tangan, kaki dan mulut di tahap terkawal di Sabah

Posted by Smookiekins On 5/07/2012 04:14:00 PM

Situasi penyakit tangan, kaki dan mulut di Sabah dilaporkan berada di tahap terkawal, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Jamail Muhi.

 

“Kesemua kes-kes yang dilaporkan adalah tidak serius dan setakat ini tiada lagi sebarang kes kematian direkodkan” 
jelas Jamail Muhi ketika ditanya oleh pihak media di Majlis Makan Malam Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bersama Pengamal Media di Hotel Promenade di sini, pada Sabtu.


Penyakit tangan, kaki dan mulut di Sabah



 Sementara itu, dalam laporan harian mengenai situasi HFMD sehingga 5 Mei 2012 mencatatkan sebanyak 723 kes dengan kadar insiden 20 setiap 100,000 penduduk dicatatkan.

Ekoran dari kejadian itu juga, sebanyak 15 premis taska, tabika, prasekolah dan sekolah rendah telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala 4 premis lagi ditutup secara sukarela.

Premis-premis tersebut adalah empat di Penampang, empat di Tambunan, 4 buah di Keningau, tiga di Tenom, dan masing-masing satu di Pitas, Kota Marudu, Beluran dan Sandakan manakala sebuah sekolah rendah di Sandakan ditutup pada 4 Mei 2012 secara sukarela.

Walapun begitu semua 18 sekolah yang ditutup dahulu sudahpun beroperasi seperti biasa.

Kementerian Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau kadar kes ini dan sesi pendidikan kesihatan telah dijalankan di kawasan-kawasan yang mempunyai kes HFMD yang tinggi. Taska, tadika dan sekolah rendah telah diberi pendidikan mengenai kawalan dan pencegahan HFMD selain dari pengedaran risalah, poster dan hebahan awam dibuat.

“Bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini, kita telah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan, bukan sahaja di sekolah-sekolah tetapi termasuk juga di kawasan-kawasan kampung.

“Kanak-kanak di sekolah dan di kawasan kampung diajar mengenai cara menjaga kebersihan diri seperti cara-cara membasuh tangan dengan betul,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Hasan Abd Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Mohd Yusof Hj Ibrahim, serta pengamal-pengamal media negeri Sabah.

Sumber: New Sabah Times

16 comments:

  1. hope the people will be aware of this disease.

    ReplyDelete
  2. hope there will be no more death cases like last time.

    ReplyDelete
  3. Its important to take care of own hygiene to ensure good health for the whole body.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents also play an important role in educating their children to be hygienic at all times.

      Delete
  4. walaupn ia terkawal, kena juga berhati-hati agar tidak terkena penyakit ini.

    ReplyDelete
  5. Bagus la masih tahap terkawal tapi diharap segera surut penyakit tersebut sebab boleh menyebabkan kematian.

    ReplyDelete
  6. Bikin takut ni penyakit, nasib di Sabah tiada kes kematian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarpun belum ada kes kematian, langkah berjaga2 perlu di buat untuk mengelakkn perkara yang tidak diingini berlaku.

      Delete
  7. Kebersihan anak2 harus selalu di utamakan..

    ReplyDelete
  8. Walaupun ia masih di tahap kawalan, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga2 juga.

    ReplyDelete
  9. Ibubapa perlu ambil perhatian dalam hal ini.

    ReplyDelete
  10. Anak saya pun ada kena, tapi bagus sendiri dalam masa 1 minggu, takut juga nampak and kasihan sebab tidak boleh makan.

    ReplyDelete
  11. Baguslah kalau dapat dikawal mengenai penyakit ini. Kerana penyakit ini boleh membawa maut jika lambat diambil tindakkan.

    ReplyDelete
  12. walaupun isu penyakit ini sudah semakin reda, kementerian perlu sentiasa berjaga2 dan bersedia malah tidak sekali2 memandang remeh penyakit berjangkit ini.. lagi bagus jika ada pemeriksaan kesihatan percuma dianjurkan oleh kementerian kesihatan..

    ReplyDelete
  13. Good to know that the disease is under control now. Hopefully the ministry of health will send out more health messages so that people are more aware.

    ReplyDelete
  14. Parents should ensure that the children take care of their hygiene properly to prevent this disease from spreading easily.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...