Wednesday, February 15, 2012

Tanah NCR 7 Buah Kampung Sepakat Tentukan Sempadan

Posted by Smookiekins On 2/15/2012 09:35:00 AM
Penduduk di 5 buah kampung dalam daerah Kota Marudu dan 2 buah kampung di Beluran sepakat akan turun serentak menjalankan kerja-kerja merintis dan menanda sempadan bagi mengasingkan tanah Hak Adat Pribumi (NCR) dengan kawasan yang diluluskan kepada syarikat Begaraya Sdn. Bhd.



Kenyataan seorang aktivis masyarakat En Jaipin Mohigal, 62 :

  • Kerja-kerja merintis dan menanda sempadan itu bagi memudahkan pihak kerajaan melaksanakan pengasingan tanah-tanah NCR yang terlibat dengan projek syarikat FMU, Begaraya di Kota Marudu dan Beluran.
  • Kagum dengan kesungguhan Anggota Parlimen Penampang Tan Sri Bernad Dompok yang bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat Sabah yang terpinggir dan hidup tanpa memiliki geran tanah.
    • Menurut kenyataan Tan Sri Bernard Dompok, pada perasmian Program Pengembangan Ekonomi Belia Pasokmomogun Berasaskan Penanaman Getah dan Kelapa Sawit di Kg Taginambur di Kota Belud (27 Jan 2012), beliau meminta penduduk kampung yang tidak bertanah dan bersungguh-sungguh memajukan tanah NCR akan diberi pertimbangan untuk memiliki tanah itu.
    • Penduduk harus terlebih dahulu menunjukkan komitmen dengan mengusahakan tanah-tanah NCR dengan tanaman komersial bagi membolehkan kerajaan menilai minat dan kesungguhan mereka sebelum geran tanah diberikan.
    • Menurut beliau juga, isu tu sudah pun dibincang dengan KM Datuk Seri Musa Aman dan perkara itu diteliti untuk kebaikan rakyat.
  • Antara kampung yang terlibat :
    • Kota Marudu:
      • Kg Nat
      • Kg Melangkap Darat
      • Kg Poliu Sumbu
      • Kg Wokok
      • Kg Melangkap Tengah
    • Beluran:
      • Kg Koiboton Darat Pinangkau
      • Kg Pisang Koidangan
  • 2 sebab tindakan dilakukan:
    • Merealisasikan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili berhubung pengasingan tanah NCR dari kawasan Begaraya.
    • Sokongan kepada kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok  yang menggesa penduduk kampung supaya mengusahakan tanah-tanah NCR yang terbiar tanpa menunggu geran tanah dikeluarkan.

1 Feb lalu, megulas cadangan ketika megulas cadangan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun bagi menubuhkan sebuah Tribunal untuk megurus soal berkaitan tanah anak negeri, KM Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, Kerajaan Negeri megalu-alukan sebarang inisiatif yang boleh membantu usaha meningkatkan kebajikan rakyat dan memperkukuhkan program tanahnya.

Sumber: New Sabah Times  
Reactions:

24 comments:

  1. Semoga kerja-kerja menanda sempadan ini akan dilaksanakan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harap ini akan berjalan lancar dan baik.

      Delete
  2. Harap para pemimpin kita akan mencari jalan penyelesaian yang baik untuk membantu usaha untuk meningkatkan kebajikan rakyat dalam isu Tanah adat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pastikan kebajikan rakyat dalam soal NCR terpelihara.

      Delete
    2. usaha untuk menyelesai masalah tanah adat pasti mendapat perhatian daripada para pemimpin.

      Delete
  3. Adalah baik jika tanah NCR dapat dipisahkan dengan begaraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tindakan menentukan sempadan ni dibuat. sekurang2nya sempadan tu nampak jelas dan tiada lagi timbul pertindihan tanah atau sebagainya di masa akan datang.

      Delete
    2. setuju dengan anon, ini akan membolehkan sempadan dikenali dengan jelas.

      Delete
  4. Diharapkan tanah-tanah NCR ini mampu dibangunkan dengan penanaman komersil supaya rakyat boleh mendapatkan pendapatan lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sepatutnya. Jadi barulah ada hasil kan.

      Delete
  5. Berusahalah menjayakan proses penanaman di tanah yang terbiar ini.

    ReplyDelete
  6. Bah kasi tanda itu sempadan bagus-bagus dan pastikan jangan ambil kawasan orang lain.

    ReplyDelete
  7. Paling penting lagi, saya harap tribunal dapat ditubuhkan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan penubuhan tribunal ini pasti akan dipertimbangkan.

      Delete
  8. kerja tentukan sempadan perlu dilakukan agar tidak timbul lagi masalah pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  9. Bagus apa yang dilakukan. Ini akan dapat membantu menyelesaikan sedikit masalah mengenai NCR di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya ada alternatif yang diambil untuk cari jalan penyelesaian. Tahniah kepada penduduk di kampung tersebut yang menunjukkan langkah proaktif.

      Delete
  10. "5 buah kampung dalam daerah Kota Marudu dan 2 buah kampung di Beluran sepakat akan turun serentak menjalankan kerja-kerja merintis dan menanda sempadan bagi mengasingkan tanah Hak Adat Pribumi (NCR)"..

    Kerajaan juga membantu menjalankan penandaan sempadan ini bagi memastikan terasing dengan NCR dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  11. KM Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, Kerajaan Negeri megalu-alukan sebarang inisiatif yang boleh membantu usaha meningkatkan kebajikan rakyat dan memperkukuhkan program tanahnya...

    KM sendiri pun bersetuju dengan apa perkara yang boleh membantu dan menyelesaikan masalah penduduk mengenai Tanah. Kerajaan juga sekarang sedang membincangkan mengenai Native Tribunal.

    ReplyDelete
  12. Tan Sri Bernard konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  13. perlu ada bukti yang menunjukkan bahawa tanah yang diusahakan itu adalah tanah NCR.. jika ada bukti, sekiranya berlaku rampasan dikemudian hari, pasti mahkamah akan memihak kepada pemilik tanah NCR itu..

    ReplyDelete
  14. natives have the right to protect their rights when they are being oppressed or their rights encroached.

    ReplyDelete
  15. Government is aware and concerned and open to listen to problems faced by the people that involves the natives

    ReplyDelete
  16. keprihatinan pemimpin seperti Tan sri Bernard Dompok pasti dihargai..harap isu tanah adat yang berlaku akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...