“Saya cabar pakatan pembangkang untuk melepaskan tampuk pemerintahan
di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak
boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu,”
tegas Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz menyelar
tindakan pakatan pembangkang yang masih tidak berpuas hati berhubung
keputusan PRU-13 lalu dengan menganjurkan Himpunan Black 505 di Kompleks
PAS Kota Sarang Semut, di sini, malam kelmarin.
Menurutnya,
jumlah sambutan himpunan berkenaan yang terlalu sedikit berbanding
jumlah rakyat Kedah memberi gambaran majoriti rakyat menolak budaya liar
yang cuba dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya,
rakyat negara ini sudah menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan
yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri ini khususnya dan
Malaysia amnya.
Sumber: myMetro
Pakatan pembangkang dilihat seakan-akan tidak serik untuk menimbulkan perbalahan dan provokasi terhadap Barisan Nasional (BN) biarpun telah nyata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu menjadi bukti rakyat memberikan mandat kepada BN, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
ReplyDelete