Usaha gigih dua beranak dalam menerokai
produk sarang burung walet berbaloi kerana jus kecergasan menggabungkan
madu lebah kelulut dan air zamzam itu kini mendapat sambutan baik di
pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif G Ha Collocalia Sdn Bhd, Mahani
Husin, berkata jus Collocalya itu dihasilkan bersama anak perempuannya,
Asmahan Humaidi.
Beliau berkata, sarang burung walet mengandungi
khasiat yang baik kepada sistem imun tubuh, menambah tenaga, melancarkan
perjalanan darah dan membaik pulih sistem pernafasan.
“Sarang
burung walet mempunyai kolagen untuk awet muda, melancarkan fungsi
paru-paru, membantu tumbesaran tubuh dan tulang, agen antioksida,
memutih dan melicinkan muka.
“Madu lebah kelulut baik untuk
kesihatan tubuh dan nilai khasiatnya 10 kali ganda berbanding lebah
biasa. Ia juga meningkatkan metabolisme tubuh, menambah tenaga batin dan
merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
“Air zamzam memang air mineral terbaik di muka bumi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit,” katanya.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: ‘Sebaik-baik air di permukaan bumi
adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar
bagi segala penyakit’.
Jus kecergasan Collocalya melalui proses
pengilangan yang ketat dengan menerapkan syariat Islam, antaranya
solat hajat pada Isnin dan Khamis sebelum bancuhan sarang burung walet
dilakukan di kilang.
Beliau yang pernah mengikuti kursus setahun
anjuran MARA pada 2011 mengakui gabungan sarang burung walet, madu dan
air zamzam menjadi Collocalya produk minuman kecergasan terbaik.
Jus Collocalya menggunakan 70 peratus sarang burung walet dan bakinya madu lebah kelulut dan air zamzam.
Katanya, ilham menghasilkan jus sarang burung walet itu bagi membekalkan tenaga dalaman kepada pengguna.
“Kami
mengamalkan meminum jus burung walet sejak turun-temurun. Kemalapan
industri sarang burung walet yang diusahakan keluarga menyebabkan kami
tiada pilihan lain, selain menggunakan sendiri sarang itu.
“Tidak
sangka tabiat meminum air sarang burung walet dua kali sehari menjadikan
kami sihat dan bertenaga,” katanya yang berasal dari Pulai Chondong,
Kelantan.
Sejak mengeluarkan produk itu, beliau menerima banyak maklum balas positif orang ramai.
“Ada
pelanggan menghubungi kami memberitahu sejak mengamalkan minuman jus
Collocalya, kesihatan mereka lebih baik dan penyakit dihadapi sembuh.
“Saya amat gembira kerana usaha membantu orang ramai mendapat kesihatan yang baik diberkati Allah,” katanya.
Mahani yang senang dipanggil Kak Ani berkata, jus Collocalya menggunakan sarang burung walet pantai gred A.
“Dalam sebulan, 12 kilogram sarang burung walet dikeluarkan dari perumah burung.
“Collocalya dikeluarkan syarikat bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Halal Park, Pengkalan Chepa, Kelantan,” katanya.
Terdapat
dua perisa jus minuman Collocalya iaitu perisa ‘vanilla’ dan
‘cappucino’ pada harga RM195 bagi kandungan 400 mililiter (ml).
“Harganya amat berpatutan dengan nilai kesihatan serta ketulenan sarang burung walet dalam setiap botol.
“Cuba dan rasa sendiri khasiatnya malah kajian mendapati jus ini sebagai agen anti penuaan dan memutihkan kulit,” katanya.
Selain
pasaran tempatan, produk itu menembusi negara Vietnam, Singapura,
Thailand dan Brunei, kini mengintai peluang di Korea, Jepun dan Timur
Tengah.
“Terbaru, kami dijemput ke ekspo di Korea Selatan pada 27
hingga 31 Mei ini dan menyertai rombongan perdagangan MARA ke Jepun,
bulan depan.
“Kami mensasarkan jualan 10,000 botol tahun ini dan masih memerlukan ramai pengedar di seluruh negara,” katanya.
Beliau
memberi penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank),
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan MARA yang banyak
membantu syarikat itu.
Hubungi talian Khidmat Pelanggan
(Careline) Kuala Lumpur: 03-7887 9616, 012-333 1642, 012- 672 2074,
012-9135476, 019-313 7388, 012-3480856 atau layari
www.facebook.com/collocalya.gbe untuk maklumat lanjut.
Orang ramai
yang mahu mendapatkan jus Collocalya boleh mengunjungi Ekspo
Keusahawanan MARA di kompleks beli- belah AEON, Bukit Raja, Kelang
bermula hari ini hingga 2 Jun.
Sumber: myMetro
0 comments:
Post a Comment