Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan
keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana
jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira
230,000.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata
Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita
peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan
suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.
Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.
SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah.
Dakwaan tak masuk akal
Macam
mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan
polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir
anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai
isu berbangkit?
Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang
menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan
melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya kepada
BH, semalam.
Anwar pada ceramah di Padang Kota, Georgetown, malam kelmarin, dilaporkan mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan menuduh SPR terbabit dalam penipuan itu.
Anwar
antara lain menyatakan: Di kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya
mendapat tahu sebanyak 95 peratus anggota keselamatan yang akan mengundi
awal menyatakan sokongan kepada PKR tetapi apabila tiba hari pengiraan
undi, saya dapat lima peratus saja undi mereka.
Wan Ahmad berkata,
keputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah
diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan
dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya.
SPR tak berdiam diri
Sambil
mengulangi bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13
boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka
pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada
kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman
awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata
tempat.
Ditanya mengenai kemungkinan SPR membuat laporan polis
serta mengemukakan saman terhadap Anwar atas segala pembohongan dan
fitnah dilemparkan itu, beliau berkata:
SPR tidak akan berdiam
diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan
undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti,
mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai
langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.
Sumber: Harian Metro
Anwar mmg pengfitnah no 1
ReplyDelete