Bah Sabah Bah telah membuat kesimpulan kepada ucapan Perdana Menteri Malaysia semasa majlis bersama rakyat di Bongawan pada 23 April 2013.
Apakah pandangan Datuk sendiri mengenai kepimpinan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebagai ketua kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke - 13 ini?
"Saya tertarik dengan beliau punya report card. Rakyat Sabah harus membacanya kerana ini adalah kejayaan kerajaan negeri dan kita sokong sepenuhnya. Kerajaan pusat mempunyai kerjasama baik dengan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Musa dan kerajaan pusat telah meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah. Kita telah meluluskan banyak peruntukan dalam bajet, dan luar bajet pun kita bagi juga".
Bagaimana pula dengan kawasan Kimanis ini? Ada yang ingin Datuk sampaikan?
"Bagi kawasan Kimanis kita akan buat kemudahan sukan untuk golongan muda. Saya cadangkan kita mula dengan gelanggang bola dengan rumput tiruannya. Anifah (Datuk Seri Anifah Aman) kata kawasan sini tiada bank, maka kita akan wujudkan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini. Banyak lagi kita boleh buat tetapi tunggu selepas 5 Mei".
Pilihan Raya semakin dekat. Apa kata Datuk? Apa yang Datuk ingin sampaikan kepada rakyat?
Pilihan raya kali ini bukan sebarang pilihan raya sebab ia akan menentukan destini negeri Sabah dan Malaysia pada keseluruhannya. Sama ada kita nak Sabah ini aman makmur dan merdeka atau kita nak pembangkang yang bawa begitu banyak keadaan tidak menentu yang amat kita sangsi pendirian mereka. Oleh itu marilah kita bersama-sama untuk menentukan bahawa keputusan yang kita buat pada 5 Mei nanti, kita mesti menentukan kerajaan yang kuat dan stabil. Datuk Seri Anifah sebagai Menteri Luar tahu bahawa Malaysia dihormati kerana kita ada kerajaan yang kuat dan stabil. Ketua-ketua kerajaan luar negara termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hormat pada Malaysia kerana kita dilihat sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan kuat.
Saya juga yakin para pelabur luar negara datang kerana yakin Malaysia adalah sebuah kerajaan yang stabil dan kuat. Bila kita dapat menambahkan pelaburan dan menambahkan kekayaan negara, saham kita naik, cukai kita bertambah kita bagi balik kepada rakyat Malaysia. Kita bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Bukan sekadar BR1M 1,BR1M 2, tapi tahun depan BR1M 3dan 4, terus bertambah RM500 untuk kesejahteraan rakyat dan ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan BN adalah kerajaan terbaik untuk rakyat.
Pembangkang mahu hapuskan BR1M. Apa pandangan Datuk?
Pembangkang nak hapuskan BR1M. BR1M lebih baik daripada kurangkan harga minyak. Harga minyak kurang, hanya orang berkereta besar sahaja untung. Orang yang jual minyak di sempadan yang untung tapi kalau bagi BR1M, semua rakyat akan untung.
Apakah harapan Datuk kepada seluruh rakyat Sabah secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya?
"Pastikan 5 Mei nanti bumi Sabah kembali kepada Barisan Nasional. Pembangkang tidak boleh dipercayai dan tidak sepakat. Mana boleh dalam satu kapal mereka (pembangkang) ada tiga nahkoda. Mereka juga mempunyai falsafah yang berbeza, tiada trak rekod, dulu cakap lain, hari ini cakap lain dan janji bohong … ini tidak boleh pakai. Apa yang penting kita sokong pasukan BN untuk pastikan Barisan Nasional menang.
Terima Kasih Datuk.
Salam,
Bah Sabah Bah
DSP Musa Aman, telah memegang teraju CM Sabah sejak 10 tahun yang lalu (2003), satu tempoh yang hebat mengatasi allahyarham Tun Datu Mustapha, Tun Muhamad Fuad Stephen, Datuk Harris Salleh dan DSP Pairin Kitingan sendiri.
ReplyDeleteSebagai seorang yang memiliki backround korporat yang berjaya khususnya semasa menerajui Yayasan Sabah, beliau berjaya mentadbir Sabah dengan hebat.
ReplyDeleteSudah banyak kritikan terhadap beliau, tetapi kejayaan Negeri Sabah sebagai Negeri Terbaik di Malaysia dalam pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri mengatasi Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur malah Kelantan membuktikan DSP Musa Aman seorang yang bekerja dan berpengalaman.
ReplyDelete