Veteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk
tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam
kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Setiausaha kelab Datuk
Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat
Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.
"Veteran
menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut
dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah
dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka.
Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi
ancaman kepada negara.
"Veteran yakin memang wujud tali barut dan
Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik
atau penduduk tempatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati.
Sumber: Sinar Harian
talibarut harus dikenakan tindakan tegas.
ReplyDeletesokong sepenuhnya.biar mereka hargai setelah kehilangan kewarganegaraan Malaysia mereka.
ReplyDeleteTali barut juga dalang pencerobohan ni..sama2 kenakan tindakan berat.
ReplyDelete