Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang
ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani
kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan
pembangunan yang berterusan.
Dalam hubungan ini, Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Haji Aman, mengajak rakyat agar tidak terpedaya dengan
janji-janji pembangkang kerana apa yang dijanjikan suatu janji yang
terlalu samar.
“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengabui
mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama
pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang
dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.
Anifah yang juga Ahli
Parlimen Kimanis berkata mereka akan menjanjikan apa saja yang dekat
dihati rakyat sebagai contoh jika pembangkang memerintah akan menurunkan
harga petrol, gula, minyak masak dan sebagainya demi meraih keyakinan
rakyat terhadap mereka.
“Jangan mudah terpedaya kerana itu hanya
merupakan janji yang belum tentu tertunai,” kata Anifah ketika berucap
pada Majlis Rumah Terbuka Keluarga Datuk Teo Ching Ping sempena Tahun
Baru Cina yang diadakan di Membakut pada Isnin.
“Sebagai Menteri
Luar, saya telah menyaksikan keadaan hidup di beberapa negara luar
sebagai contoh Libya, Iraq dan Mesir yang kini hidup sengsara,” katanya.
Beliau
berkata rakyat Mesir contohnya sebelum ini melakukan perubahan untuk
menukar kerajaan barunya tetapi sekalipun negara tersebut sudah pun
bertukar kerajaan atas kehendak rakyatnya namun malang sekali perubahan
pemimpin yang diharapkan bukan menjadi baik tetapi semakin teruk dari
sebelumnya.
“Sebelum itu rakyatnya amat berharap kehidupan mereka
akan menjadi lebih baik dan mereka mendesak untuk melakukan perubahan
itu sehingga melakukan demonstrasi jalanan membuatkan kerajaan dahulu
tumbang,” katanya.
“Ini kerana mereka dijanjikan harga barang akan
turun, mereka dijanjikan kehidupan yang lebih baik tetapi apabila
mereka berjaya menumbangkan kerajaan dan kerajaan sudah bertukar tangan
namun kerajaan yang baru dibentuk telah gagal menunaikan apa yang mereka
janjikan kepada rakyatnya,” tegasnya.
Anifah yang juga Ketua Umno
Bahagian Kimanis berkata, harga barang di negara berkenaan seratus
peratus naik manakala masalah rakyat tidak terpeduli malah kemarahan
rakyat semakin memuncak sehingga berlaku kembali demonstrasi sana sini
menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
“Kerajaan yang baru mereka
pilih melalui demokrasi itu ternyata gagal menunaikan janji dan akhirnya
negara itu menjadi kacau bilau dan huru hara dan rakyatnya kembali
bangun menentang kerajaan menyebabkan ramai rakyatnya kini hidup dalam
ketakutan,” tegasnya.
Anifah berkata, berbanding dengan keadaan di
negara ini, rakyatnya dapat hidup tenteram, melakukan aktiviti
kehidupan seperti biasa dari itu tidak ada sebab untuk menukar kerajaan.
Pada
Majlis itu Anifah dan Wakil Rakyat Membakut, Datuk Haji Mohd Arifin
Arif masing-masing menyampaikan sumbangan RM20 ribu untuk pembinaan
bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yin Membakut.
Pada masa yang sama Anifah dan Arifin menyerahkan dan menyampaikan kunci rumah PPRT kepada dua orang penerima kaum Tionghua.
Hadir
sama pada Majlis itu Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen
Tenom, Datuk Raimie Unggi, Setiausaha Politik Menteri Luar, Datuk
Norhaidi Che Dan, Penolong Pegawai Daerah Membakut, Hj. Sanudin Ismail,
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kimanis Hj. Jaafar Hj. Ahmad, Ketua
Pergerakan Peuda, Mohammad Alimin, Ketua Pergerakan Wanita Hajah Maznah
Abd. Gani, Ketua Penerangan Umno BahagianDr. Daud Hj.Yusof dan AJK Umno,
AJK Pemuda, AJK Wanita serta Datuk Jihek Basanu.
Sumber: New Sabah Times
kita beruntung menjadi rakyat Malaysia.
ReplyDeleteisu perebutan kerusi antara parti pembangkang membuktikan mereka tidak dapat bersepakat dan bekerjasama dalam mentadbir kerana tiada persefahaman.
ReplyDeleteSetiap kali musim PRU, pembangkang akan meletakkan dua atau tiga calon daripada parti berbeza untuk berdepan dengan calon BN dan ia membuktikan mereka tidak bersepakat
ReplyDeletepembangkang seperti PAS kebiasaannya berminat untuk bertanding di kawasan majoriti Bumiputera bahkan ia turut diintai satu lagi parti dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat
ReplyDeleteDi sinilah kedua-dua parti pembangkang itu cuba mengetengahkan kelebihan masing-masing bagi merebut kerusi terbabit seperti yang berlaku pada PRU lalu
ReplyDeleteperebutan kerusi pada PRU melibatkan parti-parti PR akan menambah kekuatan kepada calon BN berbanding calon PR yang bertelagah sesama sendiri.
ReplyDeletepergolakan parti pembangkang khasnya di Semenanjung Malaysia harus dijadikan alasan kukuh kepada rakyat Sabah untuk menolak ideologi parti terbabit.
ReplyDeleteLihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. PR gagal menyelesaikan banyak isu rakyat bahkan mereka hanya mendiamkan diri ketika rakyat menagih janji mereka
ReplyDeletepemimpin pakatan pembangkang juga sering bercanggah pandangan, tidak bertolak ansur serta gagal mencapai keputusan walaupun dalam perkara kecil
ReplyDeleteKalau perkara kecil pun pembangkang tidak dapat selesaikan maka abai-kan sahaja niat mereka mahu mentadbir negara pada suatu hari nanti
ReplyDeleteBN yang dianggotai parti komponen lain di negera ini telah lama berjaya bekerjasama malahan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
ReplyDeletePembangkang tiada pengalaman, dikhuatiri timbulkan masalah terhadap perjalanan jentera kerajaan
ReplyDeletekeupayaan parti pembangkang untuk mentadbir dan menguruskan jentera kerajaan pusat berbanding BN amat diragui.
ReplyDelete