Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong,
berkata rakyat jangan mudah terpengaruh dengan manifesto pihak
pembangkang yang diumumkan baru-baru ini memandangkan ia belum tentu
lagi dapat ditunaikan.
Ini katanya, manifesto pembangkang pada
pilihan raya yang lepas sukar mereka tunai segala janji kepada rakyat
dan inikan pula manifesto menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang
dilihat terlalu bercita-cita tinggi.
“Kita harap rakyat khasnya di
Sabah agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang seperti
yang terkandung dalam manifesto hanya sekadar janji manis saja,” katanya
kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
peringkat N.45 Elopura di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin.
Au
yang juga Ahli Parlimen Sandakan menegaskan rakyat boleh menilai
prestasi pemerintahan pembangkang di negeri-negeri diterajui apabila
rakyatnya seringkali merungut akibat kegagalan pembangkang dalam
pelbagai aspek pembangunan.
Katanya, rungutan rakyat di
negeri-negeri yang diterajui pembangkang itu boleh dijadikan sebagai
satu ikhtibar agar tidak tertipu dengan manifesto didakwanya tidak
‘original’ dan cuba menyalin manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau
mendakwa, manifesto pembangkang tidak menampakkan kesungguhan namun
sebaliknya menjurus kepada propaganda politik semata-mata demi meraih
sokongan rakyat.
“Pilihan raya yang lepas pun pembangkang sukar
tunaikan janji dan inikan pula manifesto kali ini … rakyat boleh rujuk
sikap pemimpin pembangkang berhubung masalah air yang konon mengatakan
ia bukannya janji tetapi cuma manifesto.
“Justeru, rakyat kena teliti betul-betul manisfesto pembangkang ini jangan sampai tertipu,” dakwanya.
Sumber: New Sabah Times
Bajet 2013 oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang bagi menarik perhatian para pengundi menjelang PRU-13 nanti telahpun diumumkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam dan Bajet PR kali ini menelan belanja sebanyak RM234 bilion dengan pendapatan kononnya akan mereka perolehi sekitar RM197 bilion untuk mencapai defisit 3.5%.
ReplyDeletePakatan Pembangkang menggunakan tema "Ekonomi Rakyat Negara Berkat" pada Bajet 2013 mereka dengan sasaran "lebihan wang dalam saku rakyat" apabila mereka mendakwa bahawa Bajet 2013 itu membolehkan rakyat berbelanja besar daripada biasa kerana sudah ada lebihan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 sebulan.
ReplyDeleteJanji lain dalam Bajet 2013 Pakatan adalah harga kereta akan diturun sebanyak RM70.00 bagi setiap sebuah pembelian kereta, bermakna tidak mengira jenis atau model kereta yang dibeli.
ReplyDeleteSelain itu, Bajet 2013 mereka juga berjanji untuk menghapuskan semua kutipan tol di setiap laluan keluar lebuhraya, dan ini juga bermakna kerajaan yang mereka tadbir sudah hilang salah satu daripada sumber kewangan yang biasanya menjana kepada sebahagian perolehan dalam negara kasar.
ReplyDeleteProgram Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN juga kalau mengikut dalam Bajet 2013 yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim akan dimansuh serta dihapuskan.
ReplyDeleteMana-mana pelajar yang layak untuk mendapatkan pinjaman pendidikan di masa hadapan hanya akan diberi pinjaman sebanyak RM200 sebulan. Jika ini diamalkan oleh pihak Pakatan dalam mentadbir negara maka peluang para pelajar miskin luar bandar akan tersekat hanya pada peringkat menengah atau pada peringkat rendah saja.
ReplyDeleteBajet 2013 Pakatan Pembangkang ini juga menjanjikan bahawa mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagih-agihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum. Maknanya dalam kerajaan mereka nanti kekayaan negara akan dikongsi sama ratalah.
ReplyDeleteTak adalah nanti Tan Sri Robert Kwok terus setiap tahun disenaraikan sebagai individu terkaya dalam Malaysia atau Tan Sri T. Anandakhrisnan sebagai orang kaya nombor dua. Mungkin tahun 2013 nama Mat Syabu ke, nama Mahfuz Omar ke atau nama Azmin Ali yang akan duduk di tangga teratas dalam senarai nama-nama orang terkaya dalam Malaysia.
ReplyDeletejgn percaya janji pembangkang
ReplyDeleteDahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya. Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa?
ReplyDeletePembangkang janji di kedah, janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.
ReplyDeleteYang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah.
ReplyDeletesebilangan ramai yang tertarik bila Khairy sudah 'kunci' Rafizi dalam pengulongannya tentang kegagalan kerajaan negeri Selangor sendiri menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya Mac 2008 dulu. Banyak memang banyak.Ini termasuk janji pendidikan percuma peringkat tadika.
ReplyDeleteKata Khairy kalau janji tentang pendidikan tadika sendiri tidak mampu tunai apa guna cakap bab-bab yang lebih besar yakni menghapuskan PTPTN dan dasar-dasar hebat lain. Apa yang dikata oleh Khairy itu bukan cerita dongeng.Ia kenyataan yang satu dunia tahu bagaimana kerajaan PKR Selangor mungkir janjinya sendiri.
ReplyDeleteBagi yang suka dibuai laju-laju memang syok mendengar hujah-hujah Rafizi mengenai perancangan pakatan pembangkang yang bernada ' bulan dan bintang' macam Buku Jingga segalanya boleh beres dalam 100 hari berkuasa.
ReplyDeleteSebagai seorang akauntan bertauliah,Rafizi memang boleh main dengan segala macam angka konon untuk tunjuk PTPTN wajar dihapuskan. Bukan susah naik main sentimen orang.
ReplyDeleteSiapa tidak suka janji segalanya free.
ReplyDeleteRafizi cuba bermain dengan sentimen yang menjadi bahan pasar malam pembangkang yakni trademark BN....rasuah...rasuah...koroni...kroni. Entahlah mungkin Rafizi masih sekolah lagi masa Anwar jadi Menteri Pendidikan,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Elok sangat Rafizi cuba korek cerita ada tidak Anwar kain dengan kroni atau politik wang.
ReplyDelete