Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat
menghargai kerjasama dan penglibatan para artis serta penggiat seni
tempatan bagi membangunkan negeri ini.
Beliau berkata
penglibatan dan komitmen mereka amat penting kerana sentiasa menjadi
contoh ikutan di kalangan generasi muda pada masa ini.
“Artis dan
penggiat seni berpotensi berjaya dalam bidang masing-masing dan mereka
adalah contoh terbaik kepada orang muda, mampu memberi galakan dan
ikutan kepada generasi itu,” katanya ketika berucap pada majlis khas
bersama penggiat seni dan artis Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di
Sri Gaya di sini, kelmarin.
Pada majlis itu, lebih 100 artis
tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah
menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Persatuan
artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab
Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA),
Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah
Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif
Filem dan Muzik.
Musa turut memuji daya usaha pihak artis
khususnya di Sabah, yang menjadi sebahagian lapisan penggerak
pembangunan negeri dalam bidang masing-masing.
Sambil berbangga
dengan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam pelbagai pertandingan di
peringkat nasional seperti Akademi Fantasia dan Mentor, beliau
menegaskan kerajaan akan terus memberi pengiktirafan dan penghormatan
kepada artis yang meletakkan seni persembahan pada taraf tinggi serta
menempatkan kembali seni dan seniman di tempat sewajarnya.
“Kerajaan
negeri tidak lupa pada jasa-jasa dan sumbangan para artis dahulu hingga
masa kini. Mendiang seniman Sabah mendiang John Gaisah telah diberi
penganugerahan darjah kebesaran dan kita akan pertimbangkan pingat untuk
penghargaan dan ingatan pada artis,” katanya.
Pada majlis sarapan
pagi secara santai itu, Musa turut menerima Direktori Artis Sabah yang
menyenaraikan program dan aktiviti persatuan serta artis daripada
Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis
Sabah.
Sekretariat itu ditubuhkan sebagai badan penghubung antara
artis dan kerajaan bagi membantu kepimpinan BN pada pilihan raya umum
akan datang.
Sementara itu, Abu Bakar berkata mereka akan turut
sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan
kemasyarakatan dengan mengumpul seberapa ramai anggota menyertai
pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.
“Kami akan
merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat
secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan
mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah
diterima,” katanya.
Abu Bakar berkata pihaknya merancang untuk
menambah keanggotaan badan itu kerana percaya kerajaan hari ini sentiasa
prihatin dan menghargai peranan dan sumbangan penggiat seni tempatan.
Presiden
SCGIM Rozza Rothman yang juga penyanyi tempatan berkata persatuan itu
yang ditubuhkan pada 7 Januari lepas dengan menghimpunkan penggiat seni
kreatif termasuk mereka yang bertugas di belakang tabir akan berpadu
tenaga menyokong kepimpinan negara.
Sementara itu, Pegawai Khas
Ketua Menteri Sabah Mohd Joh Wid berkata peranan penggiat seni dan artis
tempatan yang berada ‘di belakang tabir’ sememangnya dihargai kerana
memainkan peranan penting membangunkan negara.
“Majlis seumpama
ini dapat mewujudkan hubungan rapat antara penggiat seni dan ketua
menteri, oleh sebab itu satu majlis besar-besaran mengumpulkan lebih
ramai penglibatan mereka akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.
Pada
majlis itu, Ebi Kornelis Af5 turut menyerahkan borang keahlian
menyertai Umno kepada Musa dan berikar untuk menambah lagi barisan artis
mengikut jejak langkahnya.
Sumber: New Sabah Times
Golongan artis tempatan juga tidak kurang hebatnya berbanding arti luar negeri, dan mereka punyai keunikan tersendiri untuk diketengahkan.
ReplyDeleteSemoga mereka terus menyumbangkan bakat mereka kepada negara.
ReplyDeletegolongan artis harus kita hargai.
ReplyDelete