Friday, January 18, 2013

Kerajaan konsisten menangani isu pendatang di Sabah

Posted by Smookiekins On 1/18/2013 04:40:00 PM

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani isu pendatang tanpa izin dan memiliki Kad Pengenalan secara haram dan meragukan telah memulakan pendengaran awam pada 14 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Sesi pendengaran awam ini akan memberi tumpuan kepada sama ada pengeluaran kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang telah dibuat berdasarkan undang-undang serta menyiasat sama ada mereka yang memperolehi kad pengenalan biru atau resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara haram telah didaftarkan di daftar pemilih.

Setakat ini lima orang saksi telah dipanggil dalam pendengaran itu. Mereka  adalah di kalangan mangsa-mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Mereka melarikan diri kerana terancam akibat peperangan di Filipina. UNHCR membantu dalam proses ini apabila menyediakan bantuan dari segi logistik dan sebagainya. Mereka ini telah mendapat Kad Pengenalan setelah menetap di Sabah.
Kerajaan telah menggalas peranan untuk membantu pelarian dan mangsa perang di Filipina. Tindakan kerajaan turut melibatkan aspek kemanusiaan dan telah mendapat kerjasama serta perakuan oleh badan antarabangsa seperti UNHCR.

Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh sebanyak 446.173 pendatang tanpa dokumen telah diusir pulang ke negara asal mereka dari tahun 1990 sehingga kini. Pasukan itu ditubuhkan untuk membantu Unit Penempatan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk mengendalikan masalah peningkatan bilangan pendatang ke Sabah. Ini menunjukkan kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dalam menangani masalah pendatang di Sabah. 

Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mengatakan bahawa adalah masih awal untuk mana-mana pihak membuat kesimpulan mengenai pendengaran awam itu. Najib berpendapat bahawa kesimpulan tidak boleh dibuat hasil daripada kenyataan beberapa orang saksi sahaja kerana terdapat 167 saksi lagi yang belum dipanggil. Beliau turut menggesa semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia masih lagi di peringkat awal pendengaran. Ketegasan Perdana Menteri dalam menubuhkan RCI di Sabah membuktikan beliau dan kerajaan BN ikhlas menunaikan janji untuk menamatkan isu ini yang telah telah berusia selama empat dekad. 

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun mengatakan bahawa BN tidak takut untuk menbongkar setiap bukti kemasukan pendatang asing ke Sabah dan ledakan penduduk yang tidak sihat di negeri ini. Beliau menegaskan bahawa butir-butir mengenai dakwaan projek IC telah lama diperkatakan, terutamanya semasa kes Likas petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi, tetapi tiada tindakan telah diambil..

Parti pembangkang di negeri ini sebenarnya tidak berminat untuk mencari penyelesaian bagi masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama melalui penubuhan RCI. Sebaliknya pembangkang hanya ingin mencari keuntungan politik melalui penubuhan suruhanjaya itu.

Menurut Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, tidak dinafikan bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada penubuhan RCI di Sabah. Ketua Menteri mengadakan perbincangan meja bulat mengenai kepentingan pekerja-pekerja asing dalam agensi-agensi dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan. Dalam perbincangan itu banyak pendekatan, strategi dan penyelesaian telah digubal untuk dijadikan bahan rujukan kepada kerajaan negeri dan persekutuan. 

Pairin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang terhadap BN tetapi sebaliknya menilai apa yang kerajaan telah dilakukan untuk rakyat. Beliau juga menasihat rakyat supaya behati-hati dengan parti pembangkang tempatan yang hanya timbul semasa pilihan raya. 


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)


13 comments:

  1. Percayalah pada kerajaan. Jangan mudah terpedaya dengan pembangkang. Tibak baik untuk masa hadapan kita itu.

    ReplyDelete
  2. Nah..Macam menyebelahi Kerajaan BN saja ini keputusan RCI. Bagus..Bagus.. Bagus..

    ReplyDelete
  3. Pendengaran awam ni masih di peringkat awal dan belum selesai. semua rakyat sepatutnya memberikan kerjasama untuk jayakan siasatan RCI ni.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya usaha kerajaan untuk mengatasi masalah pendatang di Sabah sentiasa berterusan. tapi ada juga pihak yang ambil kesempatan mainkan isu ni untuk kepentingan politik semata-mata dan bukannya idea penyelesaian.

    ReplyDelete
  5. Dulu PR yang mendesak sangatkan mahu RCI ditubuhkan. Nah sekarang ini RCI jalankan tugas macam-macam pula mahu tuduh RCI tidak amanah dan sebagainya. RCI dapat maklumat dari orang ramai jadi keputusan RCI nanti berdasarkan daripada maklumat siasatan mereka.

    ReplyDelete
  6. Adehdehdeh... :) RCI membuktikan yang mana kerajaan begitu serius ingin menangani isu PATI dan IC. Walaupun banyak bantahan untuk penubuhan ini, namun Datuk Najib dengan sokongan Kerajaan Negeri Sabah tetap menyokong usaha tersebut.

    ReplyDelete
  7. Usaha baik patut disokong bukan. Itulah yang Datuk Musa lakukan sekarang ini. Buat apa mahu takut kalau berada dipihak yang benar. Betulkan..

    ReplyDelete
  8. Datuk Musa akan terus memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Percayalah kepada kerajaan Negeri Sabah yang akan terus melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.

    ReplyDelete
  9. Itulah yang kita dapat lihat bukan. Datuk Musa tidak membantah akan usaha ini. Hehe :D Lagi Datuk Musa suka.. Kerana adanya RCI Sabah, Kejayaan Datuk Musa..

    ReplyDelete
  10. Datuk Musa lagi melarang pihak tertentu untuk tidak mencampuri dan memberikan kesimpulan yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  11. seharusnya, rakyat dan peimpin sabah sama2 untuk menangani isu ini dan bukannya 'point fingers' satu sama lain. terutamanya ni pembangkng. sikit2 kerajaan salah,sedangkan mereka sendiri belum tahu setakat mana pencapaian yang mereka sudah lakukan untuk Sabah. kempen saja pandai, tp apabila tiba masa untuk melaksanakan, tiada muncul2 pula.. sedap d mulut saja. the end of the day, siapa kecewa? rakyat sabah juga... mereka dpt populariti saja.. teeet...

    ReplyDelete
  12. selagi RCI belum selesai, kita jgn dahulu membuat kesimpulan sendiri.

    ReplyDelete
  13. RCI bukti kerajaan serius tangani PATI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...