Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri
Makanan negeri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata fenomena air laut merah
yang berlaku di negeri ini sejak November tahun lalu dijangka berlarutan
sehingga Jun tahun ini.
Justeru, katanya, orang ramai diminta mengelak daripada memakan semua jenis hidupan laut berkerang pada masa ini.
“Bagaimanapun semua jenis ikan, udang dan ketam adalah selamat dimakan,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.
Yahya
berkata, fenomena laut merah atau dikenali sebagai ‘red tide’ yang
berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis
organisma satu sel yang dinamakan ‘phytoplankton dinoflagellate’ dalam
air laut.
Fenomena berkenaan yang melanda negeri ini sejak dua
bulan lalu mencetuskan kegemparan apabila mengorbankan dua mangsa
berumur 14 dan sembilan tahun yang dipercayai memakan kerang yang
diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.
Oleh itu katanya, orang
awam bukan sahaja diminta menghindarkan dari memakan hidupan laut
berkerang tetapi ditegah menjualnya kepada orang ramai.
“Semua
jenis lokan, siput dan kerang adalah tidak selamat untuk dimakan dan
situasi keracunan kerang ini dijangka berlarutan dan tahap racun
dijangka naik lagi,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata,
pihaknya akan terus memantau perkembangan fenomena ini dan akan
memaklumkan kepada orang ramai secara berterusan.
Katanya, antara
kaedah yang digunakan pada masa ini bagi memaklumkan kepada orang ramai
termasuklah melalui poster dan juga Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Dalam
pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Rainer Galid berkata,
kawasan yang terjejas akibat fenomena tersebut ialah kawasan perairan
daripada Kota Kinabalu hingga ke Papar.
“Kita akan terus membuat
pemantauan di kawasan ini dan juga perairan negeri ini dari semasa ke
semasa dan akan memaklumkan perkembangannya,” ujarnya.
Sumber: New Sabah Times
buat masa ini elakkan makan makanan laut.
ReplyDeleteFenomena ni juga tidak dinafikan semakin menjadi2 kerana sikap manusia juga. membuang sisa toksik ke dalam laut.
ReplyDeleteSetakat ni, sudah dua orang menjadi mangsa keracunan akibat red tide. harap semua beringat soal makanan2 laut yang diambil.
ReplyDeleteOrang ramai dinasihat sentiasa mengikuti arahan dan amaran yang diberi pihak berkuasa ekoran fenomena air laut merah yang melanda Sabah ketika ini.
ReplyDeleteorang ramai perlu mengelak daripada mengambil makanan laut yang disahkan mempunyai toksin berlebihan seperti kerang
ReplyDeletepihak berkuasa bertindak pro aktif dalam memberi maklumat tentang fenomena itu bagi memastikan keselamatan pengguna di negeri ini.
ReplyDeletefenomena laut merah yang melanda negeri ini sejak dua bulan lalu telah mengorbankan dua mangsa berusia 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar
ReplyDeleteJabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.
ReplyDeleteOrang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah
ReplyDeleteJika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan
ReplyDeletedaerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar dan Tuaran.
ReplyDeleteJabatan Kesihatan negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untukdianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangattinggi di dalam sampel kerang.
ReplyDelete