Friday, January 11, 2013

1M4U mencerminkan imej sebenar generasi belia

Posted by Smookiekins On 1/11/2013 05:09:00 PM
Para belia biasanya lebih mudah dilontarkan dengan pelbagai tanggapan disebabkan gaya hidup belia. Mat rempit, kaki lepak dan sampah masyarakat adalah label popular yang ditampal sebagai jenama belia bermasalah. Jika golongan belia berkumpul, mulalah pandangan serong dilemparkan. Selalunya para belia dikaitkan dengan pelbagai masalah dan itulah persepsi masyarakat terhadap anak muda. Dalam cerca hina, hakikatnya golongan muda adalah wajah dunia masa depan kita.

Ramai sebenarnya golongan belia yang berminnat untuk menyumbangkan kemahiran, kebolehan, masa dan tenaga untuk kebaikan mereka yang memerlukan. Mereka cuma ada kekangan dalam hal kewangan kerana pada usia muda, tentunya sumber ekonomi belum kukuh.

Remaja dan belia perlu diajak untuk aktif memberi sumbangan daripada membiarkan mereka melepak tidak tentu hala atau lebih buruk lagi sekadar berkurung dalam bilik bertemankan gajet meneroka dunia tanpa sempadan yang kebanyakannya lebih merosakkan minda belia.

Perdana Menteri telah melancarkan Dana Sukarelawan 1M'sia (Dre1M) sebanyak RM100 juta, ia sebagai satu suntikan untuk melonjak peranan orang muda. Melalui program 1M'sia Untuk Belia (1M4U) yang sejak julai tahun lalu dilihat semakin aktif digerakkan sama ada oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu pun badan bukan kerajaan seperti Majlis Belia M'sia (MBM).

Promosi 1M4U semakin giat dijalankan sehingga ia menjadi satu jenama yan mencerminkan imej sebenar generasi belia negara ini. Kerap program kemasyarakatan dan sukarelawan diadakan di sana sini dengan pembabitan pelbagai latar belakang belia itu sendiri. 

Terbaru, Rakan Muda dengan kerjasama 1M4U dan pertubuhan seni silat Psaka Gayong Kuala Lumpur (PSSPGMKL) menganjurkan Program Ar-Rahman Ar-Rahim, Ziarah Dahwah dan Motivasi Pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Program yang membabitkan lebih 20 belia pelbagai latar belakang itu menuntut ketulusan hati pesertanya untuk sudi mendengar luahan hati dan berkongsi rasa dengan pesakit yang tentunya mahukan kekuatan untuk kekal tabah menepani kesakitan mereka.

Sejak Dre1M diperkenalkan dan mulai digerakkan secara aktif pada Oktober 2012, sudah 16 program membabitkan ramai belia seluruh negara dijalankan Kementerian Belia dan Sukan. Selain program motovasi dan dakwah yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur itu, generasi belia juga digerakan dalam pelbagai program komuniti, alam sekitar dan kemahiran.

Program seperti perkidmatan gunting rambut secara percuma kepada 400 kanak-kanak yang akan mendaftar ke tahun satu. Ia disertai tukang gunting rambut berkemahiran. Bezanya mereka buat secara sukarela.

Fokus lebih terarah kepada belia berusia 15-25 tahun dan tiada paksaan. Selain program secara terbuka, mereka juga menggunakan pendekatan menggunakan belia berkemahiran untuk program tertentu. Ia seperti memperbaiki kerosakan di rumah anak yatim akan membabitkan belia dari kolej kemahiran yang mahir dalam kerja pertukangan. 

Sejak jenama 1M4U diperkenalkan, satu lonjakan minat dapat dilihat daripada generasi belia. Kesedaran perlu lebih kuat ditanam dalam kalangan belia kerana masih ada generasi belia yang berminat dengan program itu sekiranya diberi upah sedangkan konsep sukarela bukan begitu. 


Ditulis oleh Smookiekins (admin)

11 comments:

  1. belia harus bergiat dalam aktiviti berkhasiat.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Negeri Sabah komited untuk menyediakan pelbagai insentif bagi memperkasa pembangunan dan potensi para belia di negeri ini.

    ReplyDelete
  3. ini penting kerana pemantapan belia adalah proses berterusan yang perlu digembleng secara bersepadu bagi melahirkan modal insan berkualiti dan berketampilan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. para belia agar sentiasa meningkatkan iltizam dan bertekad untuk menjadi pemangkin perpaduan dan pendukung nasionalisme dan patriotisme.

    ReplyDelete
  5. program ini akan memberi manfaat kepada para belia sekali gus melahirkan belia yang cerdas, kreatif dan berjaya

    ReplyDelete
  6. dapat memberi manfaat kepada para belia, tetapi juga oleh semua lapisan masyarakat khususnya remaja dan para penduduk setempat.

    ReplyDelete
  7. Usaha dan sokongan padu oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri amat menitikberatkan pembangunan dan kemajuan para belia

    ReplyDelete
  8. Golongan belia sememangnya memainkan peranan yang amat besar untuk negeri ini.

    ReplyDelete
  9. para belia tidak seharusnya dipinggirkan untuk merasai akan program pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  10. Belia di negeri ini perlulah bijak mengambil peluang keemasan yang disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk mereka memajukan diri.

    ReplyDelete
  11. Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman tidak lupa akan usaha mendekati para beliau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...