Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri
akan menganjurkan Ekspo Kerjaya, dengan penyertaan pelbagai sektor
industri yang menawarkan lebih 2,500 peluang pekerjaan.
Ekspo Kerjaya itu akan diadakan selama dua hari di Suria Sabah di sini bermula 30 November ini.
Timbalan
Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai berkata lebih 40 gerai pameran
boleh dikunjungi sepanjang tempoh itu yang beroperasi dari jam 10 pagi
hingga 6 petang.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan
Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri berkata ekspo itu bertujuan
menyebarkan maklumat tentang peluang pekerjaan kepada belia, pencari
pekerjaan, ibu bapa dan orang awam selain memaklumkan tentang peranan
kementerian itu dalam arena pembangunan insan dan teknologi komunikasi
dan maklumat di Sabah.
Bercakap kepada pemberita di sini, Yee
berkata antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tempoh itu ialah
pameran pekerjaan, temu duga terbuka, pendaftaran pencari pekerjaan,
sesi khidmat nasihat, ceramah pekerjaan dan persembahan pentas.
Mengenai
sambutan orang ramai terhadap Ekspo Pekerjaan yang diperkenalkan oleh
kementerian sejak 2007, Beliau berkata sambutannya amat
memberangsangkan.
Yee berkata banyak pihak meminta program itu
diteruskan setiap tahun, dan ia ternyata memberi faedah atau manfaat
kepada rakyat terutama golongan belia yang sedang mencari pekerjaan.
Sumber: New Sabah Times
program itu yang akan diisi dengan pameran kerjaya dan temu duga terbuka untuk meningkatkan peluang mendapat kerja
ReplyDeleteprogram ini akan membuka ruang untuk perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan kerjaya oleh syarikat-syarikat dan agensi-agensi luar
ReplyDeletegunakan peluang ini untuk dptkn pekerjaan.
ReplyDelete