Sabah telah mencatatkan prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan
negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji
Aman, kata Pembantu Menteri dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji
Jamli. Katanya, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri, selain mempunyai rezab kewangan Kerajaan Sabah yang melebihi RM4 bilion, Laporan Auditor Negara juga mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik dalam negara.
“Projek mega di Kota Belud seperti Jelapang Padi, Agropolitan,
menaiktaraf insfrastruktur, bangunan sekolah menengah dan sekolah
kebangsaan, bantuan e-kasih, kebajikan, KWAMP,
elektrik, pembinaan paip dan penemuan telaga minyak terbaru adalah
hasil sumbangan kewangan kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada
masyarakat Kota Belud yang seharusnya disyukuri dan diteruskan oleh
rakyat menerusi pilihan raya ke-13 ini,” katanya pada Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri beliau di Taman King Fisher, dekat sini, pada Ahad.
Sehubungan itu, Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
Tempasuk, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang
hadir yang beliau sifatkan kehadiran tetamu yang begitu ramai itu
sebagai merealisasikan 1Malaysia.
Majlis itu bertambah meriah apabila Musbah menyumbangkan beberapa
lagu hari raya dan disusuli dengan persembahan daripada artis-artis
jemputan termasuklah juga wakil-wakil penyanyi dari DUN Tempasuk, Kadamaian dan Usukan.
Turut hadir Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, Ahli
Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan, Ahli
Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Japlin Akim, Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor, wakil-wakil
Kabinet Negeri, sahabat handai dan masyarakat Kota Belud.
Sumber: New Sabah Times
Tahniah kepada Sabah dengan pemimpin yang berjaya memastikan Sabah dalam keadaan yang stabil.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Penduduk Sabah berbangga mempunyai Ketua Menteri yang berkebolehan. Contohilah kepimpinan Datuk Musa untuk Sabah.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
syabas kepada kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Musa Aman.. dalam banyak2 KM Sabah, Datuk Musa Aman juga yang paling banyak menaikkan imej Sabah..
ReplyDeletewalaupun keluasan Sabah cukup untuk membentuk 5 atau lebih buah negeri, namun itu bukanlah penghalang kepada Datuk Musa untuk memimpin negeri ini lebih cekap dari negeri2 lain di semenanjung..
ReplyDelete