Wednesday, September 5, 2012

Pusat rawatan kanser beroperasi Januari depan

Posted by Smookiekins On 9/05/2012 09:01:00 AM
Pusat rawatan kanser yang terletak bersebelahan bangunan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, akan mula beroperasi pada Januari depan. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Yusof Haji Ibrahim berkata pusat perubatan nuklear dan radioterapi itu merupakan pusat rawatan yang terbaik di Malaysia.

“Pusat rawatan ini dilengkapi peralatan yang canggih di samping mempunyai pakar- pakar yang terlatih serta berdedikasi. “Bangunan telah pun siap dan kini dalam proses pentauliahan dan akan beroperasi pada Januari depan,” katanya
semasa lawatan isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertuan Negeri, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah RM Jasni ke hospital berkenaan, baru-baru ini.

Mohd Yusuf berkata, lawatan tersebut bagi meraikan seramai 26 bayi yang lahir pada hari kemerdekaan (31 Ogos). Katanya lagi, Sabah adalah antara hospital di negara ini yang merekodkan jumlah kelahiran paling tinggi dengan purata 50 orang bayi sehari.

Pada lawatan itu, Norlidah turut menyampaikan sumbangan ehsan daripada Yayasan Nur Jauhar berupa hamper dan wang tunai kepada 60 ibu-ibu yang baru bersalin dan 110 kanak-kanak. Yayasan Nur Jauhar berpejabat di Kota Kinabalu dan beroperasi sejak Julai lalu berperanan sebagai pusat menyalurkan sumbangan kepada organisasi atau individu yang daif dan kurang bernasib baik.

Sumber: New Sabah Times

9 comments:

  1. Tidak perlulah lagi pesakit kanser dihantar jauh2 untuk dapatkan rawatan kanser lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Syabas! Sabah ada juga pusat perubatan nuklear dan radioterapi yang terbaik di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. ini akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di Sabah.

    ReplyDelete
  4. berita yg bagus,hospital Likas akhirnya dpt memberi rawatan yg terbaik kepada wanita dan bayi-bayi.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya perubatan di Sabah ini semakin mendapat perhatian. Sedikit demi sedikit dinaiktaraf.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan memang mementingkan kesihatan penduduk Sabah dan ingin membantu mengurangkan perbelanjaan untuk keluar negeri.

    ReplyDelete
  7. institusi kesihatan Sabah semakin maju ba.. apa yang ada di negeri2 semenanjung pasti akan ada juga di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan yang prihatin sentiasa mementingkan kesihatan rakyat

      Delete
  8. Bagus tu, moga2 dapat dimanfaatkan untuk rakyat tempatan Sabah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...