Sabah bercadang melaksanakan perkhidmatan dikenali sebagai ‘baby
hatch’ atau pusat perlindungan bayi dalam usaha mengurangkan perbuatan
membuang bayi di negeri ini. Ketua Jabatan Obstektrik dan Ginekologi, Hospital Wanita dan
Kanak-kanak Sabah Dr Soon Ruey berkata sebagai permulaan, perkhidmatan
itu akan diwujudkan di hospital berkenaan dan Hospital Queen Elizabeth
1, sebelum diperluas ke daerah lain di negeri ini.
Cadangan dalam usaha mengurangkan kadar pembuangan bayi di Sabah
“Walaupun kejadian pembuangan bayi di Sabah tidak tinggi, namun kami
rasa perkhidmatan ini penting, sekali pun kami hanya dapat
menyelamatkan satu atau dua nyawa,” katanya kepada pemberita selepas
majlis pelancaran satu kempen kesedaran wanita anjuran Wanita MCA Sabah yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini, kelmarin.
Soon Ruey berkata perkhidmatan itu dirancang mula diwujudkan akhir
tahun ini dan ibu bapa yang ingin meninggalkan bayi mereka di tempat
berkenaan, boleh berbuat demikian dengan hanya meletakkannya di dalam
satu bekas yang mempunyai inkubator dan menekan satu butang, yang akan
segera menarik perhatian petugas hospital.
Katanya hospital berkenaan akan memantau kesihatan bayi terbabit dan
merujuknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk urusan pengambilan
anak angz kat.
Sementara itu, Rosnah mengumumkan Kementerian Kesihatan memilih
Sabah menjadi tuan rumah satu kempen kesedaran kesihatan sempena program
‘Janji Ditepati’.
Katanya kempen selama seminggu itu dijadual berlangsung pada
September untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang pentingnya
mengamalkan gaya hidup sihat.
“Bagaimanapun, venue kempen ini belum diputuskan kerajaan negeri,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
mgkin ia dpt elakkan bayi dibuang merata-rata.
ReplyDeletekesian orang lain berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tapi ada pula mereka yang sanggup untuk membuang bayi.
ReplyDeletesemoga perkhidmatan 'baby-hatch' ni akan mencapai objektifnya.
ReplyDeleteCadangan yang baik untuk mewujudkan perkhidmatan Baby Hatch di Sabah. Diharapkan dengan adanya Baby Hatch ini, kita boleh mengurangkan kes pembaungan bayi.
ReplyDeletePerkhidmatan Baby Hatch yang dimulakan di Semenanjung merupakan satu inisiatif yang agak baik. Tidak salah kita memperkenalkannya di Sabah.
ReplyDeleteCadangan seperti ini sangat baik sebenarnya. Harap akan dilaksanakan sebaiknya perkara ini.
ReplyDeleteKadar pembuangan bayi rendah di Sabah, mungkin boleh mengurangkan lagi kadar tu.
DeleteBaby hatch bagus untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi
ReplyDelete