Tuesday, June 4, 2013

Polis Marin rampas 6,500 telur penyu di Sandakan

Posted by Smookiekins On 6/04/2013 03:48:00 PM
Polis Marin di sini berjaya merampas 6,500 biji telor penyu dalam beberapa operasi di perairan dekat sini baru-baru ini.

Penolong Pegawai Pemerintah Polis Marin Sandakan, Insp Sri Vikneswaran Renganathan berkata rampasan pertama dilakukan pada 30 Mei kira-kira jam 4 petang di kawasan persisiran pantai dekat Kampung Forest.

“Polis marin ternampak pam bot dan juragannya telah melarikan diri ke arah kawasan bakau setelah ternampak polis marin menghampirinya,” kata Sri Vikneswaran .

Beliau berkata polis menarik pam bot itu dan 3,000 biji telur penyu di dalamlanya ke pangkalan marin untuk tindakan lanjut.

Dalam kes kedua, kata Sri Vikneswaran polis marin yang sedang menjalankan pengawasan dan pemantuan dekat Sungai Obar di Batu 7 pada 31 Mei ternampak bot laju di muara sungai.

“Anggota-anggota kami menjumpai 12 karung mengandungi 3,500 biji telor penyu dan bot itu juga berjaya melarikan diri,” katanya.

Sri Vikneswaran berkata polis marin percaya telur penyu itu telah diseludup ke Sandakan dari negara jiran. “Adalah menjadi kesalahan menjual telur penyu di bawah Enakmen Hidupan Liar 1997,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Sandakan untuk bekerjasama dengan polis marin dalam membendung jenayah dan kegiatan penyeludupan ke Sandakan dengan menyalurkan maklumat kepada polis marin melalui talian 089 221423 atau 089 221424 atau 089 221453.


Sumber: New Sabah Times

1 comment:

  1. penyu adalah spesis terpelihara dan dilarang untuk mengambil atau menjual telur penyu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...