Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320
Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.
Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.
Mereka
yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan
semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf
tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan
sedang berkhidmat pada hari berkenaan.
Pegawai dipinjam layak
Turut
layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan,
pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta,
pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa
gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.
Menurut
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak
membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji
Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
Turut
tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman
buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat
kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013
dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Menurut
pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred
jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji
hakiki pada 30 Jun 2013.
Kemuka permohonan
Ketua jabatan
perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)
kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak
dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum –
Maksimum (JGMM).
Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran
pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
(KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini
boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.
Beliau
dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan
selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di
tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji
tahunan.
Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment