Friday, May 3, 2013

Wartawan dari China melawat Sabah

Posted by Smookiekins On 5/03/2013 01:45:00 PM




KOTA BELUD :  13 pemberita senior dari Guangdong, China yang diketuai oleh Encik Lin-Lin, Naib Pengarah Guangdong Overseas Chinese Affairs Office melawat Sabah. 

Pagi kelamrin (1 Mei), para wartawan itu menghadiri majlis pelancaran Pesta Menuai peringkat negeri di sini. Mereka telah diiringi Dr Oh Ei Sun and Steven Liaw. Mereka adalah presiden dan satiausaha Persatuan Persahabatan Ma Zhong, Sabah . 

Para wartawan China ini sangat kagum dengan persembahan yang berwarna-warni dari plebagi  etnik yang ada di Sabah. 

Mereka juga disambut dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Musa Aman dan menekankan kepada mereka kepelbagaian budaya dan kaum masyarakat Sabah, serta keharmonian yang wujud antara kaum. 

Musa berharap, Lin dan rombongan akan melawat Sabah lagi di masa yang akan datang. Encik Lin juga mengalu-alukan kedatangan Musa ke Guangdong. 


Salam,
Bah ~ Sabah ~ Bah 

3 comments:

  1. ini akan mempromosikan lagi Sabah

    ReplyDelete
  2. Menurut sumber, bilangan pelancong dari China merupakan bilangan tertinggi yang datang ke Sabah untuk melancong.

    ReplyDelete
  3. Semoga hubungan antara Sabah-China akan dapat dipereratkan lagi dengan kewujudan kerjasama dalam pelbagai bidang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...