Monday, May 27, 2013

Suntikan H1N1 punca gangguan tidur

Posted by Smookiekins On 5/27/2013 09:28:00 AM

Helsinki: Suntikan selesema pandemik H1N1 keluaran GlaxoSmithKline Plc’s mungkin meletakkan golongan dewasa berisiko tinggi mendapat narkolepsi (cenderung untuk tidur), bukan hanya kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam kajian sebelum ini, kata Institut Kesihatan dan Kebajikan Kebangsaan Finland semalam.


Bukti meningkat kaitan antara vaksin Pandemrix keluaran GSK dan peningkatan dalam narkolepsi, sejenis gangguan tidur jarang berlaku di kalangan kanak-kanak yang mengambilnya di Eropah melambatkan kelulusan vaksin sama di Amerika Syarikat.

14 kali ganda risiko



Data diterbitkan tahun ini dalam Jurnal Perubatan British mendapati kanak-kanak di England yang mendapat suntikan Pandemrix ketika pandemik selsema babi H1N1 2009-2010 mempunyai 14 kali ganda risiko lebih tinggi mendapat narkolepsi, bersamaan kira-kira satu bagi setiap 50,000 orang.


Institut Kebangsaan Finland berkata satu analisis di hospital dan data penjagaan utama di Finland mendapati bahawa golongan berusia antara 20 dan 64 tahun yang menerima Pandemrix adalah tiga hingga lima kali ganda berisiko mendapat narkolepsi berbanding golongan yang tidak diberi vaksin.

Narkolepsi adalah gangguan tidur sepanjang hayat, tanpa penawar dan berpotensi melemahkan, sekali gus mencetuskan halusinasi, sering mengantuk pada waktu siang dan katapleksi - di mana emosi yang kuat menyebabkan kekuatan otot menjadi lemah secara tiba-tiba dan pesakit akan rebah.


Sumber: Berita Harian
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...