Tuesday, May 14, 2013

Peluang Kerjaya Jurubahasa!

Posted by Smookiekins On 5/14/2013 09:37:00 AM

Adakah anda adalah seorang peminat Jurubahasa dan ingin menjadikan ianya sebagai kerjaya anda? SPA ada 49 kekosongan sekarang! Jika anda rasa sudah sampai masa yang sesuai... bah, apa lagi? Mohon sekarang.. !!




Kumpulan: Sokongan 

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan 

Jadual Gaji: 
  • Gaji Minimum - RM930.44 
  • Gaji Maksimum - RM3,093.10 
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM95.00 
 

Syarat Lantikan: 
(i) Jurubahasa Melayu 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM930.44 ] atau 

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
[ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ] atau 

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
[ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ] 

(ii) Jurubahasa selain daripada Jurubahasa Melayu 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan P1 : RM930.44 ] atau 

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,381.63 ] atau 

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,381.63 ] dan 

lulus Ujian Lisan bahasa / dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik. 

Deskripsi Tugas: 

Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim. (Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam )


Kepada sesiapa yang berminat & mempunyai kelayakan seperti yang diperlukan... Jangan Lepaskan Peluang ini!!!

Jangan Lupa! Tarikh Permohonan hendaklah sebelum atau pada 26 Mei (Ahad) 11.59 pm. 

Semoga BERJAYA!! ~Bah-Sabah- Bah 




Reactions:

4 comments:

  1. siapa layak dan berminat boleh memohon

    ReplyDelete
  2. Tiap tahun banyak kekosongan dalam SPA tapi sedikit saja yang akan melepasi ujian dan temuduga.apapun,mana2 peluang yang ada cuba sajalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan sangat2 rumit dan mereka yang bernasib baik sja dapat jawatan tersebut.

      Delete
  3. Boleh tahan ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...