Friday, May 17, 2013

'Sukan Untuk Semua' lahir ramai bintang sukan

Posted by Smookiekins On 5/17/2013 02:22:00 PM
Kementerian Belia dan Sukan Negeri akan memperkenalkan konsep 'Sukan Untuk Semua' bagi mengembalikan sukan di Sabah dan melahirkan bintang-bintang dalam bidang sukan seperti tahun-tahun yang lepas. Penglibatan masyarakat umum dalam program tersebut dilihat mampu menjadi kayu pengukur dalam meneruskan kejayaan atlet-atlet Sabah ke peringkat negara dan antarabangsa bermula dari pembentukan atlet pelapis yang berkualiti.

Dengan adanya konsep itu pasti boleh mengatasi masalah yang dihadapi. Ketiadaan tempat bersukan terutama di pedalaman bagi menonnjolkan bakat mereka. Sesetengah kemudahan seperti kompleks sukan dan padang mengenakan kos yang tidak mampu dibayar masyarakat menyebabkan hasrat orang ramai bersukan terbantut dan bakat mereka terbiar begitu saja. Kementerian bakal menyediakan lebih banyak kemudahan untuk sukan berkonsepkan 'Padang Untuk Semua'.

Program dalam 'Sukan Untuk Semua' merupakan asas yang baik dalam melahirkan atlet di peringkat akar umbi bagi mengelakkan Sabah mengalami ketandusan atlet dalam mana-mana jenis sukan pada masa akan datang. Melalui program tersebut merupakan tapak terbaik untuk kerajaan meneruskan kesinambungan atlet. 



Ditulis Oleh: Smokiekins
Reactions:

1 comment:

  1. moga industri sukan negara akan terus meningkat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...