Datuk Liew Vui Keong merupakan penyandang kerusi Parlimen Sandakan yang dicalonkan semula. Oleh kerana semangat kerja keras yang ditunjukkan oleh rakan-rakan parti komponen selama ini beliau yakin bahawa kemenangan PRU 13 kali ini memihak kepada BN. Bayang-bayang sejarah kemenangan 2008 semakin kelihatan.
Apakah komen datuk tentang pembangkang?
~ "sekali pun pihak lawan melemparkan bermacam-macam dakyah dan tohmahan yang tidak berasas namun tiada masalah bagi parti memandangkan persediaan jentera sentiasa digerakkan pada setiap masa."
~"senario yang berlaku itu akan memberi peluang cerah kepada BN untuk mempertahankan ketiga-tiga kerusinya di kawasan ini iaitu Parlimen Sandakan, Elopura dan Tanjung Papat".
~ "Saya yakin pembangkang tiada isu hendak diputar-belitkan selain hanya menyalahkan BN, sedangkan kita sudah bekerja keras untuk membawa pembangunan … rakyat boleh menilai".
Bagaimana pula dengan perkembangan kesatuan BN itu sendiri?
~ "Tahap perpaduan di kalangan komponen BN semakin menggalakkan ditambah lagi peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap BN yang saya nampak amat membanggakan dan sekali gus memberi peluang kepada kita untuk mempertahankan kerusi sedia ada".
Apakah yang membuat masyarakat Cina sentiasa menyokong BN?
~ "keyakinan masyarakat Cina adalah atas faktor BN adalah parti terbaik yang sentiasa menepati janji".
Apakah pula komen Datuk pasal manifesto BN yang telah diumumkan oleh perdana menteri?
~ "Manifesto BN jelas menunjukkan keikhlasan parti dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memberikan keutamaan kepada semua pihak termasuk soal keamanan dan kesejahteraan rakyat jelata".
~ "Mohd Najib dilihat berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti itu apabila memperkenalkan manifesto yang lebih relevan dan komprehensif".
~ “Manifesto BN kali ini akan memberi kesan yang amat positif apabila menekankan soal mendahulukan kepentingan rakyat … inilah sebenarnya antara faktor mengapa sokongan rakyat semakin bertambah baik khususnya dari masyarakat Cina di Sabah".
~ "Ini adalah kerana BN sentiasa menunaikan janji-janji dan tidak pernah bercakap bohong seperti mana pembangkang yang suka menabur janji manis di bibir".
~ "Rakyat kini sudah bijak dan pandai menilai parti yang terbaik bagi mereka".
Apakah harapan Datuk kepada pengundi-pengundi yang akan mengundi di Parlimen Sandakan?
~ "Saya berharap pengundi di Parlimen Sandakan berfikiran matang untuk mengembalikan mandat semula kepada BN bagi membolehkannya meneruskan agenda pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan".
~"sepanjang tempoh perkhidmatannya selama lima tahun pelbagai perubahan telah dilakukan antaranya membantu memacu pembangunan ekonomi selain mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda".
~ "Bandar Sandakan muncul antara daerah yang membangun pesat terutama dengan kewujudan bandar-bandar kecil selain bertambahnya kemasukan pelancong ke sini".
~ "Perubahan yang ketara ini adalah hasil komitmen kerajaan BN yang mengutamakan pembelaan rakyat … rakyat Sandakan kini menikmati kehidupan lebih selesa dengan tahap pembangunan yang boleh kita banggakan".

Begitulah rumusan pertemuan singkat Datuk Liew Vui Keong ketika bercakap dengan pemberita semasa ditemui dalam Mesyuarat BN Sandakan sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di sebuah hotel terkemuka di Sandakan.
Rujukan : New Sabah Times
Salam,
Bah Sabah Bah
0 comments:
Post a Comment