Friday, March 8, 2013

Tian Chua enggan minta maaf dan rela disaman

Posted by Smookiekins On 3/08/2013 01:11:00 PM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang berkata, beliau tidak akan meminta maaf dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang berhubung kenyataannya yang mengaitkan UMNO dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata, soal meminta maaf seperti dituntut UMNO tidak timbul.


“Saya rela disaman di mahkamah dan saya akan menjelaskan kenyataan saya kepada mahkamah. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya kerana saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak,” kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Beliau bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata, notis sudah dihantar kepada Tian Chua yang juga Anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula 4 Mac lepas berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu terbabit atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap UMNO. 


Sumber: Harian Metro

7 comments:

  1. Rela d saman daripada minta maaf...kalau org berfikiran waras pasti mohon maaf tp org seperti ini... yg tak berhati perut..tak ada istilah simpati..masih ada org d Malaysia bersikap begini...org macam tian chua hanya tahu mengkritik tapi tak pandai buat kerja.....sepatutnya di hantar ke Lahad Datu....penghianat bangsa....

    ReplyDelete
  2. nak minta maaf apa..kalau rasa dirinya benar..
    benda kepalsuan yg acapkali diputarmain kan dalam tv3suku dan rtm...buat rakyat meluat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kematian yang berlaku di Lahad Datu tak pernah palsu.

      Delete
    2. saya lagi meluat tengok media rasmi pembangkang.. penuh dengan penipuan, fitnah dan putar belit.. kalau si Tian Chua itu benar, suruh dia berperang di Tanduo la.. apa mau takut mati kalau benar semua itu hanya sandiwara..

      Delete
  3. bukan setakat di Tian Chua.. semua pemimpin2 PR pun sanggup kena saman berbanding dengan minta maaf.. sebab duit senang cari ba..

    ReplyDelete
  4. khalid ibrahim, nik aziz, azizan razak dan lim guan eng bila2 masa boleh guna dana awam untuk bayar saman si Tian Chua..

    ReplyDelete
  5. Tian Chua mmg tiada hati perut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...