Sunday, March 3, 2013

Keselamatan negara jangan dipolitikkan

Posted by Smookiekins On 3/03/2013 09:45:00 PM
Rakyat seluruh negara berkabung sebaik saja menerima perkhabaran gugurnya wira-wira negara di Lahad Datu dan buat pertama kali sejak sekian lama, politik seolah direhatkan daripada menjadi topik perbualan.

Bagaimanapun, tidak bagi Naib Presiden PKR Tian Chua. Tanpa rasa bersalah Tian Chua cuba memuncakkan kemarahan ramai apabila lancang merujuk insiden di Lahad Datu sebagai konspirasi terancang Umno BN.

Tindakan Tian Chua itu disifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab, isu di Lahad Datu tidak seharusnya menjadi bahan permaianan politik pembangkang yang seolah-olah terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat. 

Sebarang isu berkaitan dengan aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringgan, apatah lagi apabila membabitkan kehilangan nyawa anggota pasukan keselamatan negara. 

Tian Chua memiliki hati sekeras batu tanpa ada sekelumit simpati pun terhadap keluarga wira yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara dan tidak memahami kepentingan tanah air diperlihara daripada ancaman musuh.

Sikap Tian Chua itu mencerminkan bekalan pembangkang untuk memerintah, rakyat sewajarnya menimbang kenyataanitu. Apakah semuanya bakal dipolitikkan termasuk pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara?

Menuduh Umno BN sebagai dalang perkara ini memang sudah difahami sebagai satu cara pembangkang menyebarkan doktrin kampen membenci kerajaan di kalangan rakyat. Ini bukan pertama kali pembangkang mengada-adakan cerita untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan yang memerintah.

Pihak pembangkang jangan sesuka hati mengeksploitasikan isu keselamatan negara semata-mata untuk merealisasikan agenda politik masing-masing.. Kenyataan seumpama itu akan membunuh semangat pasukan keselamatan kita yang berusaha keras mempertahankan keselamatan negara daripa dicerobohi.

Tian Chua perlu belajar membezakan bahawa ini bukan cerita poilitik, jauh sekali bahan modal pilihan raya umum.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...