Monday, March 11, 2013

Gaji baru polis, tentera diumum hari ini

Posted by Smookiekins On 3/11/2013 04:14:00 PM

Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.

Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.

Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam.

Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.

Sumber: Berita Harian


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...