Thursday, February 28, 2013

Usaha kerajaan beri tanah kepada penduduk mendapat kepercayaan

Posted by Smookiekins On 2/28/2013 03:02:00 PM

Usaha kerajaan negeri mengeluarkan geran kepada para pemohon yang layak memberikan faedah kepada rakyat, kata seorang penduduk dari Kampung Kawang, Hamzah Manap.

Hamzah percaya peserta pemohon tanah kerajaan yang telah mendapat pertimbangan serta kelulusan dalam Mesyuarat LUC kali 1/2004 Daerah Papar supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan geran tanah milik mereka.

“Kita amat yakin dengan kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin terhadap rakyat yang tidak bertanah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Sementara itu Hamzah juga menyokong langkah menghadkan perkhidmatan setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung kepada lima tahun atau satu penggal.

“Tempoh lima tahun berkhidmat sebagai pengerusi JKKK atau KK sudah memadai untuk memberikan peluang kepada pemimpin pelapis yang baru,” katanya.

Beliau berkata, tempoh lima tahun juga akan membolehkan mereka yang diberikan kepercayaan sebagai pengerusi JKKK atau KK memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.

“Ini juga memastikan seseorang pengerusi JKKK dan KK itu tidak berkhidmat terlalu lama sehingga menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka,” katanya.

Hamzah yang juga salah seorang ahli Umno di Bahagian Kawang berkata isu itu juga sudah pasti akan terus menjadi perbahasan di kalangan ahli Umno parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional yang tetap relevan di hati rakyat.

“Langkah ini juga akan dapat memastikan lebih ramai pemimpin pelapis dapat dilahirkan untuk berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Hamzah berkata, langkah ini juga akan memberikan peluang kepada mereka yang ikhlas berjuang dalam parti sama-sama menikmati hasil perjuangan mereka.

Beliau berkata tempoh satu penggal sudah memadai untuk seseorang pengerusi JKKK dan KK itu berkhidmat kepada masyarakat.

“Apa yang kita bimbang begitu lama mereka yang diberikan amanah ini memagang jawatan, rasa ego akan timbul sehingga dalam beberapa keadaan mengetepikan aspirasi rakyat yang menyokong Umno,” tegasnya.


Sumber: New Sabah Times

18 comments:

  1. Takrifan Hak Tanah Adat Anak Negeri Sabah (NCR) – Di bawah Seksyen 14 Ordinan Tanah Sabah:

    Seorang anak negeri boleh mengemukakan tuntutan tanah adat anak Negeri secara bertulis kepada PPHT di Daerah mana tanah kerajaan dimaksudkan terletak.

    ReplyDelete
  2. 7 Kriteria Hak Tuntutan Tanah Adat Anak Negeri di Bawah Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah:

    1.Pemilikan yang sah melalui pendudukan atau pengusahaan tanah selama 3 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  3. 2.Tanah yang telah ditanam dengan pokok buah-buahan sejumlah 50 dan ke atas pokok dalam sehektar.

    3.Kawasan yang mempunyai pokok buah-buahan tumbuh berselerak, dan sago, rotan atau apa-apa tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan dapat dibuktikan bahawa ianya telah ditanam atau dijaga serta dinikmati hasilnya seolah-olah harta peribadi anak negeri tersebut.

    ReplyDelete
  4. 4.Kawasan padang ragut yang aktif.
    5.Tanah yang telah ditanam atau dibangunkan dalam tempoh masa 3 tahun.

    ReplyDelete
  5. 6.Tempat-tempat penyembahan atau kuburan, dan
    7.Kawasan yang telah dijadikan laluan manusia atau haiwan dari sungai-sungai, jalan-jalan atau rumah-rumah kemana mana kawasan yang disebut di atas.

    ReplyDelete
  6. moga usaha ini berjaya.

    ReplyDelete
  7. Isu NCR tidak seharusnya diputar-belit kerana ia menyentuh kepentingan orang asal, sebaliknya setiap pihak harus memberikan sokongan bagi memastikan isu-isu berkaitan NCR dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga kepentingan dan hak asasi orang asal negeri Sabah. bagi memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan.

    ReplyDelete
  8. saya berharap, tidak ada lagi pihak yang akan memanipulasikan perkara berkaitan NCR, sebaliknya bekerjasama membantu menyelesaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan NCR demi kepentingan dan hak-hak orang asal negeri Sabah. Saya juga berharap isu ini tidak dijadikan bahan politik murahan untuk meraih dan memenuhi kepentingan dan agenda politik golongan tertentu

    ReplyDelete
  9. jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang telah diperuntukkan kepada anak negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hak milik tanah Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberi milik di negeri Sabah. Keluasan ini adalah lebih besar daripada keluasan negeri Selangor yang mana berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Negeri Sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary untuk memelihara dan melindungi hak tanah adat dan pemilikan tanah anak negeri. Tohmahan yang mengatakan kerajaan mengetepikan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri Sabah dan mendiskriminasikan pemberi milikan tanah kepada Anak Negeri Sabah adalah tidak benar

    ReplyDelete
  11. Berkenaan dengan pemberi milikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah kepada anak negeri, Musa berkata sehingga Disember 2011, kearjaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mendaftar sebanyak 348,652 hak milik tanah dan daripada jumlah itu, 190,452 adalah hak milik tanah anak negeri (NT) telah diberikan kepada anak negeri.

    ReplyDelete
  12. Jumlah keseluruhan keluasan tanah yang telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan daripada jumlah itu, seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak milik tanah NT. Jumlah ini merupakan 24.7 peratus daripada jumlah keluasan hak milik tanah yang didaftarkan di Sabah

    ReplyDelete
  13. bagi meningkatkan jumlah bilangan dan keluasan hak milik tanah NT kepada anak negeri, kerajaan telah mempercepatkan proses kelulusan dan pengukuran permohonan tanah serta penyediaan hak milik tanah.

    ReplyDelete
  14. Sehingga bulan Ogos 2012, sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan daripada jumlah itu 10,540 permohonan tanah telah disokong untuk diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah

    ReplyDelete
  15. Daripada sebanyak 10,540 permohonan tanah yang telah disokong untuk kelulusan, 9,922 adalah terdiri daripada permohonan tanah syarat NT untuk anak negeri

    ReplyDelete
  16. Dari segi pewartaan tanah simpanan anak negeri, sehingga Disember 2011, keluasan tanah kerajaan yang telah diwartakan untuk kegunaan anak negeri seperti perkampungan dan padang ragut ialah seluas 53,190.857 hektar

    ReplyDelete
  17. Dari segi pemberi milikan tanah kepada anak ngeri melalui geran komunal, Musa berkata sehingga Disember 2011, sebanyak tujuh geran komunal NT dengan keluasan 12,777.14 hektar telah dikeluarkan kepada seramai 2,661 peserta yang melibatkan tiga buah daerah.

    ReplyDelete
  18. Sebanyak 52 geran komunal dengan keluasan 23,046.07 hektar akan dikeluarkan kepada seramai 5,373 benefisiari (peserta) yang melibatkan tujuh buah daerah. Jumlah keseluruhan geran komunal yang telah dan akan dikeluarkan ialah sebanyak 58 geran komunal NT dengan keluasan 35,823.21 hektar, melibatkan seramai 8,034 benefisiari (peserta). Geran komunal NT tersebut terletak di sembilan buah daerah melibatkan sebanyak 122 buah kampung.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...