Thursday, February 28, 2013

Janji ditabur oleh pembangkang belum tentu ditunaikan

Posted by Smookiekins On 2/28/2013 03:07:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata rakyat jangan mudah terpengaruh dengan manifesto pihak pembangkang yang diumumkan baru-baru ini memandangkan ia belum tentu lagi dapat ditunaikan.

Ini katanya, manifesto pembangkang pada pilihan raya yang lepas sukar mereka tunai segala janji kepada rakyat dan inikan pula manifesto menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dilihat terlalu bercita-cita tinggi.

“Kita harap rakyat khasnya di Sabah agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang seperti yang terkandung dalam manifesto hanya sekadar janji manis saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat N.45 Elopura di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin.

Au yang juga Ahli Parlimen Sandakan menegaskan rakyat boleh menilai prestasi pemerintahan pembangkang di negeri-negeri diterajui apabila rakyatnya seringkali merungut akibat kegagalan pembangkang dalam pelbagai aspek pembangunan.

Katanya, rungutan rakyat di negeri-negeri yang diterajui pembangkang itu boleh dijadikan sebagai satu ikhtibar agar tidak tertipu dengan manifesto didakwanya tidak ‘original’ dan cuba menyalin manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, manifesto pembangkang tidak menampakkan kesungguhan namun sebaliknya menjurus kepada propaganda politik semata-mata demi meraih sokongan rakyat.

“Pilihan raya yang lepas pun pembangkang sukar tunaikan janji dan inikan pula manifesto kali ini … rakyat boleh rujuk sikap pemimpin pembangkang berhubung masalah air yang konon mengatakan ia bukannya janji tetapi cuma manifesto.

“Justeru, rakyat kena teliti betul-betul manisfesto pembangkang ini jangan sampai tertipu,” dakwanya.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

18 comments:

  1. Bajet 2013 oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang bagi menarik perhatian para pengundi menjelang PRU-13 nanti telahpun diumumkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam dan Bajet PR kali ini menelan belanja sebanyak RM234 bilion dengan pendapatan kononnya akan mereka perolehi sekitar RM197 bilion untuk mencapai defisit 3.5%.

    ReplyDelete
  2. Pakatan Pembangkang menggunakan tema "Ekonomi Rakyat Negara Berkat" pada Bajet 2013 mereka dengan sasaran "lebihan wang dalam saku rakyat" apabila mereka mendakwa bahawa Bajet 2013 itu membolehkan rakyat berbelanja besar daripada biasa kerana sudah ada lebihan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 sebulan.

    ReplyDelete
  3. Janji lain dalam Bajet 2013 Pakatan adalah harga kereta akan diturun sebanyak RM70.00 bagi setiap sebuah pembelian kereta, bermakna tidak mengira jenis atau model kereta yang dibeli.

    ReplyDelete
  4. Selain itu, Bajet 2013 mereka juga berjanji untuk menghapuskan semua kutipan tol di setiap laluan keluar lebuhraya, dan ini juga bermakna kerajaan yang mereka tadbir sudah hilang salah satu daripada sumber kewangan yang biasanya menjana kepada sebahagian perolehan dalam negara kasar.

    ReplyDelete
  5. Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN juga kalau mengikut dalam Bajet 2013 yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim akan dimansuh serta dihapuskan.

    ReplyDelete
  6. Mana-mana pelajar yang layak untuk mendapatkan pinjaman pendidikan di masa hadapan hanya akan diberi pinjaman sebanyak RM200 sebulan. Jika ini diamalkan oleh pihak Pakatan dalam mentadbir negara maka peluang para pelajar miskin luar bandar akan tersekat hanya pada peringkat menengah atau pada peringkat rendah saja.

    ReplyDelete
  7. Bajet 2013 Pakatan Pembangkang ini juga menjanjikan bahawa mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagih-agihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum. Maknanya dalam kerajaan mereka nanti kekayaan negara akan dikongsi sama ratalah.

    ReplyDelete
  8. Tak adalah nanti Tan Sri Robert Kwok terus setiap tahun disenaraikan sebagai individu terkaya dalam Malaysia atau Tan Sri T. Anandakhrisnan sebagai orang kaya nombor dua. Mungkin tahun 2013 nama Mat Syabu ke, nama Mahfuz Omar ke atau nama Azmin Ali yang akan duduk di tangga teratas dalam senarai nama-nama orang terkaya dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  9. jgn percaya janji pembangkang

    ReplyDelete
  10. Dahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya. Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa?

    ReplyDelete
  11. Pembangkang janji di kedah, janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri.

    ReplyDelete
  12. Yang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah.

    ReplyDelete
  13. sebilangan ramai yang tertarik bila Khairy sudah 'kunci' Rafizi dalam pengulongannya tentang kegagalan kerajaan negeri Selangor sendiri menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya Mac 2008 dulu. Banyak memang banyak.Ini termasuk janji pendidikan percuma peringkat tadika.

    ReplyDelete
  14. Kata Khairy kalau janji tentang pendidikan tadika sendiri tidak mampu tunai apa guna cakap bab-bab yang lebih besar yakni menghapuskan PTPTN dan dasar-dasar hebat lain. Apa yang dikata oleh Khairy itu bukan cerita dongeng.Ia kenyataan yang satu dunia tahu bagaimana kerajaan PKR Selangor mungkir janjinya sendiri.

    ReplyDelete
  15. Bagi yang suka dibuai laju-laju memang syok mendengar hujah-hujah Rafizi mengenai perancangan pakatan pembangkang yang bernada ' bulan dan bintang' macam Buku Jingga segalanya boleh beres dalam 100 hari berkuasa.

    ReplyDelete
  16. Sebagai seorang akauntan bertauliah,Rafizi memang boleh main dengan segala macam angka konon untuk tunjuk PTPTN wajar dihapuskan. Bukan susah naik main sentimen orang.

    ReplyDelete
  17. Siapa tidak suka janji segalanya free.

    ReplyDelete
  18. Rafizi cuba bermain dengan sentimen yang menjadi bahan pasar malam pembangkang yakni trademark BN....rasuah...rasuah...koroni...kroni. Entahlah mungkin Rafizi masih sekolah lagi masa Anwar jadi Menteri Pendidikan,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Elok sangat Rafizi cuba korek cerita ada tidak Anwar kain dengan kroni atau politik wang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...