Monday, January 7, 2013

Kajian: penting memilih kasut sekolah yang sesuai

Posted by Smookiekins On 1/07/2013 02:58:00 PM
Cuti sekolah sudah berakhir dan kini masanya untuk kanak-kanak terutama yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan bergaya dengan dengan baju seragam sekolah, beg sekolah dan tidak ketinggalan melangkah segak dengan kasut sekolah yang baru.

Kajian menunjukkan kanak-kanak menghabiskan masa lebih 30 jam seminggu dengan memakai kasut sekolah atau lebih daripada 15,000 jam sepanjang persekolahan mereka.

Bayangkan betapa pentingnya bagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak disiapkan dengan kasut sekolah yang sesuai. Dianggarkan dalam 11 tahun pertama usia kanak-kanak, kaki mereka membesar sehingga 17 kali saiz kasut sehingga mencecah usia 18 tahun.

Kasut sekolah yang tidak sesuai boleh menyebabkan beberapa masalah kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

Masalah-masalah:

  1. Cagu
  2. Ketuat
  3. bunion (kemungkinan memerlukan pembedahan jika dibiarkan tanpa rawatan)

Ibu bapa biasanya hanya akan memikirkan mengenai kasut sekolah dan kaki anak sekali setahun, mungkin selepas beberapa hari bersekolah bermula, beberapa perkara yang disenaraikan ini boleh dijadikan panduan dan jangan berlengah jika ia perlu perhatian pakar perubatan.

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. Anak mengadu sakit di tapak kaki, tumit, lutut dan paha.
  2. Insiden kerap tersandung dan jatuh yang tidak dapat dijelaskan.
  3. Pemakaian kasut yang tidak seimbang, atau salah satu kasut lusuh lebih awal.
  4. Rengsa pada kulit atau kuku kaki.

American Podiatric Medical Association (APMA) menyarankan ibu bapa peka dengan kepentingan keselesaan dan keselamatan anak termasuk menyediakan mereka kasut yang sesuai dan selesa untuk menyokong kaki mereka sepanjang sesi persekolahan.

Panduan-Panduan memilih kasut sekolah yang sesuai:

  1. Sentiasa mengukur saiz kaki anak: Setiap kaki berbeza bentuk malah saiz dan gaya jenama kasut di pasaran juga tidak standard. Kemungkinan ibu bapa perlu menukar kasut sekali setiap beberapa bulan sekiranya anak-anak sedang membesar.
  2. Jangan beli kasut di waktu pagi: Kaki mengembang ketika berjalan dan boleh membengkak sepanjang hari. Jadi beli kasut sekolah pada tengah hari, petang atau awal malam selepas saiz kaki anak meningkat.
  3. Bawa stokin atau sarung kaki: Penting untuk anak mencuba kasut sekolah bersama sarung kaki/stokin yang akan dipakai bersama kasut sekolah.
  4. Beli mengikut saiz kaki paling besar: saiz kedua belah kaki kita tidak sama. Oleh itu pastikan beli kasut yang selesa untuk kedua-dua belah kaki anak anda.
  5. Utamakan kualiti kasut: Pertama, pastikan tumitnya tidak keras dengan menekan kedua-dua belah tumit. Kedua, fleksibel. Kasut sekolah sepatutnya boleh dilentur bersama jari kaki dan tidak sepatutnya terlalu keras dan terlalu lembut. Ketiga, periksa jika ada tegar di tengah kasut. Ia tidak sepatutnya dipulas. Ingat!!!! Kasut mahal tidak bermakna ia berkualiti. 
  6. Kasut mestilah sangat selesa sebaik dipakai: Jika terlalu ketat, ia boleh menyebabkan kaki melecet, cagu dan ketuat.
  7. Elakan kasut terpakai atau diturunkan daripada kakak/abang: Berkongsi kasut menyebabkan pembentukan kulat dan penyebarnya boleh menyebabkan masalah seperti athlete's foot dan kulat pada kuku.

Ditulis oleh Smookiekins

8 comments:

  1. ibu bapa harus peka akan hal ini, pilih kasut yang sesuai untuk anak2.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan akan melaksanakan sistem sekolah satu sesi dari lima ke 10 tahun dari sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini kira-kira 20% dari 10,000 sekolah telah menggunakan sistem demikian.

      Delete
  3. kementerian pelajaran memerlukan lebih banyak peruntukan bagi menambah bilik darjah bagi memenuhi kemasukan pelajar yang semakin meningkat

    ReplyDelete
  4. Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan daripada kaum lain.

    ReplyDelete
  5. persahabatan tetap terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa merasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu.

    ReplyDelete
  6. Kanak-kanak dan remaja memang sentiasa ‘innocent’ dan ikhlas dalam berkawan

    ReplyDelete
  7. sekolah merupakan tempat terbaik memupuk semangat 1Malaysia, yang sangat penting sebagai faktor utama untuk menjamin keharmonian masyarakat kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...