Tuesday, October 9, 2012


Dianggarkan lebih RM1 trilion nilai pelaburan baru dan tiga juta pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020 menerusi pelaksanaan Progam Transformasi Ekonomi.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Datuk Karim Bujang berkata, bagi mengimbangi keperluan itu, kerajaan telah merangka beberapa program dan strategi bagi meningkatkan kapasiti tenaga mahir untuk memantapkan lagi inisiatif berkenaan.

“Oleh itu, saya menyeru seluruh entiti KPPSP dan kesatuan lainnya agar terus memperkayakan program yang mampu meningkatkan faedah kepada ahli dari aspek kompetensi, inovasi serta kepakaran yang diperlukan.

“Selain itu, organisasi ini juga perlu memainkan peranan lebih aktif bagi meningkatkan kebolehpasaran warga pekerja dengan memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam aspek pembangunan berteraskan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan seluruh kesatuan pekerja di negara ini, terutamanya dalam mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.

“Kesatuan sekerja dan majikan perlu terus meningkatkan hubungan baik bagi mengelak berlakunya pertikaian perusahaan sehingga menjejaskan produktiviti dan kestabilan organisasi terlibat.
“Tumpuan terhadap aspek pengukuhan persefahaman akan mampu meningkatkan kerjasama kedua belah pihak tanpa memerlukan intervensi daripada kerajaan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports Sdn Bhd (KPPSP) di Wisma Pelabuhan, di sini baru-baru ini.

KPPSP yang ditubuhkan sejak 2004 mempunyai keanggotaan seramai 408 ahli membabitkan daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. tindakan yang baik. teruskan usaha

    ReplyDelete
  2. jangan saja menjelang 2020 negara lebih banyak bergantung pada robot daripada tenaga manusia untuk lakukan sesuatu kerja.

    ReplyDelete
  3. Harap masa tu negeri Sabah sudah maju dan pengangguran pun tidak lagi berlaku di kalangan belia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap kadar pengangguran Sabah dapat dikurangkan.

      Delete
  4. Kerajaan bertanggungjawab menjana ekonomi dan mengwujudkan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Sabah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...