Monday, October 29, 2012

FSM: Sabah berpotensi jadi kuasa ekonomi M'sia

Posted by Smookiekins On 10/29/2012 12:55:00 PM

Sabah berpotensi menjadi penggerak kuasa ekonomi Malaysia, kata presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Sabah (FSM), Datuk Seri Wong Khen Thau.

Dalam merealisasikan ini, beliau berkata yang dasar kerajaan negeri, iklim pelaburan dan persekitaran perniagaan mestilah kondusif, terutamanya untuk komuniti pelaburan.

“Dalam konteks pembuatan, kami telah mempromosikan dan berusaha keras untuk menjadikan Sabah sebuah hab untuk Timur Jauh.

“Contohnya, sekiranya kita melihat kembali Dubai 20 tahun lepas, Dubai tiada ada-apa … ia hanya sebidang tanah padang pasir tanpa sebarang pembangunan tetapi dek kepimpinan atau komitmen kerajaan akan pentingnya “Blue Ocean Strategy”, ia berjaya menjadikan Dubai daripada tiada apa-apa kepada satu kuasa ekonomi di Timur Tengah hari ini (kelmarin),” kata beliau kepada Bernama di sini kelmarin.

Wong ialah antara peserta debat meja bulat pelabur yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dengan kerjasama International Investor, pertubuhan perniagaan pintar dan penerbitan dari United Kingdom.

Dalam hal ini, beliau berpendapat yang Sabah mempunyai potensi yang lebih baik berbanding Dubai, sambil menyatakan, “tiada sebab, kita tidak boleh melakukan lebih baik daripada Dubai sekiranya kita komited dan mempunyai keazaman politik untuk melakukannya.”

“Persoalannya di sini ialah sama ada kerajaan Persekutuan bersedia untuk membantu kita untuk menerima konsep ini (hab perniagaan untuk Timur Jauh).

“Kami gembira apabila maklum yang kerajaan Sabah menyokong idea ini untuk menjadikan Sabah sebagai hab untuk Timur jauh kerana ia sering diperkatakan dalam beberapa majlis oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau (Musa) secra peribadi sukakan idea ini tetapi ia perlulah dikemukakan mepada pemimpin negara kita untuk pertimbangan serius,” kata beliau.

Wong berharap salah anggap yang hanya Lembah Klang perlu dimajukan perlu dihapuskan tetapi sebaliknya memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan menjadikan Sabah sebuah hab perniagaan untuk Timur Jauh.

Selain daripada itu, beliau berkata yang Sabah turut dirahmati dengan sumber alam, terutamanya perladangan kelapa sawit.

“Kami juga mempunyai petroleum—ia adalah ramuan penting untuk menjadi pemangkin dan menggerakkan ekonomi Sabah sebagai pusat untuk Timur Jauh.

“Begitu juga produk pelancongan yang merupakan antara produk terbaik di dunia dan agensi kami yang bertanggungjawab untuk pelancongan telah menjalankan tugas yang cemerlang dan ramai yang telah mengetahui kepentingan Sabah, termasuklah mereka dari China,” kata beliau.

Beliau turut menggesa agar kerajaan membuat beberapa perubahan tertentu atau menyelaraskan dasar sedia ada dalam usaha membolehkan Sabah bergerak ke hadapan, dan sekali gus mencapai hasrat yang diimpikan.

Beliau telah menyarankan “Cabotage Policy” dihapuskan bagi menyelesaikan percanggahan harga di Sabah dan Semenanjung.

Dasar itu menekankan hanya kapal yang didaftarkan di Malaysia dibenarkan memuat dan memunggah muatan di pelabuhan-pelabuhan Malaysia.


Sumber: New Sabah Times

7 comments:

  1. Semoga ekonomi Sabah semakin begerak positif

    ReplyDelete
  2. ekonomi yang positif pasti mewujukan banyak peluang pekerjaan

    ReplyDelete
  3. Sabah bakal jadi pengeluar kelapa sawit ketiga terbesar di dunia.

    ReplyDelete
  4. Memang banyak potensi yang boleh dilihat di Sabah ni.

    ReplyDelete
  5. ekonomi Sabah akan makin meningkat.

    ReplyDelete
  6. Semoga ekonomi sabah meningkat
    amin

    ReplyDelete
  7. Semoga ekonomi sabah meningkat
    amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...