Tuesday, September 18, 2012

Putera William dan isteri akhiri lawatan ke Malaysia, berlepas ke Solomon

Posted by Smookiekins On 9/18/2012 12:19:00 PM

Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Kate Middleton mengakhiri lawatan empat hari ke Malaysia Kelmarin.

Pasangan diraja itu diraikan pada majlis perpisahan permaidani merah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 7 pagi. Putera William dan Kate berlepas ke Kepulauan Solomon dan Tuvalu.

Antara yang hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasangan diraja itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitinggan dan Datuk Dr Yee Moh Chai, setiausaha kerajaan negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dan orang kenamaan yang lain.

Putera William dan Kate tiba di Kuala Lumpur Khamis lepas sebelum meneruskan lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah pada petang Jumaat.

Pada Sabtu pasangan diraja itu, dengan menaiki helikopter, melawat Lembah Danum dan menghabiskan masa kira-kira tiga jam melihat keindahan kawasan hutan hujan tropika utama di Sabah itu yang terletak kira-kira 70km dari Lahad Datu.

Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari pasangan diraja itu ke Timur Jauh, sebagai wakil Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 tahun pemerintahan baginda.

Sumber: New Sabah Times

8 comments:

  1. semoga mereka akan melawat lagi Sabah pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya lawatan William dan Kate merupakan satu penghormatan kepada Sabah.

    ReplyDelete
  3. Keseronokan pasti akan terasa dengan lawatan yang dibuat di Sabah ini.

    ReplyDelete
  4. Lawatan yang dibuat oleh Pasangan di Raja ini akan dapat membantu mempromosikan Sabah kemata dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 ramai lagi pelancong melancong ke Sabah

      Delete
  5. Harap mereka berpuas hati dengan lawatan ke Sabah

    ReplyDelete
  6. syukur la lawatan mereka berakhir dengan aman tanpa sebarang gangguan dari pihak2 yang sebelum ini cuba menghalang rombongan diraja ini..

    ReplyDelete
  7. syabas kepada kerajaan negeri kerana berjaya menarik minat pasangan diraja ini untuk melihat sendiri kerja2 konservasi di negeri ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...