Thursday, August 2, 2012

23 ribu peneroka menikmati insentif daripada kerajaan

Posted by Smookiekins On 8/02/2012 03:32:00 PM
Kerajaan memberikan sejumlah RM30 juta insentif pengeluaran getah kepada seramai 23,378 pekebun kecil, peneroka Skim Penempatan Getah dan para peserta Ladang Komuniti Getah di Bengkoka, Pitas. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Yahya Hussin, berkata pemberian insentif itu diberikan atas keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan dan kebajikan para pekebun kecil dan peneroka.

 RM30 juta insentif kepada peneroka

“Insentif pengeluaran getah ini akan dilaksanakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan pembayaran akan dibuat berdasarkan kepada kandungan getah kering (KGK) mengikut pelbagai jenis getah”. 

“Pembayaran insentif bagi getah jenis Lateks (100% KGK) ialah 50 sen/kg, Getah Kepingan Gred 1 (35 sen/kg), Getah Kepingan Gred 11 (30 sen/kg), Kentalan Gred 1 (28 sen/kg) dan Kentalan Gred 11 (25 sen/kg),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Katanya, para pekebun kecil dan peneroka akan dibayar secara tunai semasa getah mereka dibeli dengan mengikut harga getah semasa pada hari pembelian yang berpandukan harga antarabangsa termasuk insentif pengeluaran mengikut jenis getah yang dijual.

Objektif utama pemberian insentif ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan harga getah di Sabah dan Semenanjung, katanya. Perbezaan harga getah di antara Sabah dan Semenanjung adalah disebabkan oleh caj pengangkutan tambahan, pemunggahan, insurans, caj pelabuhan dan pengendalian yang dugunakan semasa getah dieksport dari Sabah melalui pelabuhan Klang dan Singapura, katanya.

Selain itu katanya, terdapat kos pemprosesan tambahan disebabkan oleh pembelian alat ganti yang diimport dari Semenanjung Malaysia serta harga diesel untuk industri di negeri Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan harga di Semenanjung Malaysia.

“Keadaan jalan raya yang kurang baik ke kampung-kampung pengeluar getah juga menyebabkan kos logistik pembelian adalah lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, dengan pemberian insentif ini para pekebun kecil seharusnya mempraktikkan amalan pertanian yang baik dengan menggunakan baja dan meningkatkan pengeluaran sehektar.

“Adalah menjadi harapan Kerajaan agar tahap pengeluaran semasa sebanyak 1,391 kg/hektar dipertingkatkan kepada 1,600 kg sehingga 1,800 kg sehektar. “Dengan peningkatan pengeluaran ini, para pekebun kecil dan peneroka akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dan akan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Sementara itu katanya, Kerajaan Negeri juga berharap supaya kesemua getah dijual kepada LIGS di mana pada tahun ini, LIGS akan membantu seramai 1,973 pekebun kecil dari 65 buah kampung merangkumi 19 buah daerah dengan kawasan penanaman getah seluas 6,392 hektar di bawah program NKEA.

Dalam pada itu, Kerajaan turut menyediakan bantuan sebanyak RM14,000 sehektar berjumlah RM 89.488 dalam tahun ini.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

22 comments:

  1. seingat saya insentif sebegini pernah juga dilaksanakan beberapa tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Baguslah ada insentif sebegini. lagipun sekarang harga getah pun tidak sudah mahal. sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban para pekebun getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la ringgankan beban peneroka getah

      Delete
  3. ini dpt membantu kurangkan beban para pekebun getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap dengan adanya insentif tu dapat memberi manfaat kepada peneroka

      Delete
  4. Insentif yang sangat berguna kepada peneroka

    ReplyDelete
  5. Harap RM30 juta insentif pengeluaran getah kepada seramai 23,378 pekebun kecil, peneroka Skim Penempatan Getah dan para peserta Ladang Komuniti Getah di Bengkoka, Pitas ini akan digunakan dengan baik.

    ReplyDelete
  6. LIGS akan membantu seramai 1,973 pekebun kecil dari 65 buah kampung merangkumi 19 buah daerah dengan kawasan penanaman getah seluas 6,392 hektar di bawah program NKEA.

    LIGS perlulah berusaha membantu peladang getah untuk meningkatkan keuntungan.

    ReplyDelete
  7. An initiative to boost rubber production will trigger more development for people living in remote villages in Penampang.

    ReplyDelete

  8. Over 500 families will benefit from the rubber planting and replanting scheme which will also see the upgrading of roads in the district.

    ReplyDelete
  9. The initiative will cover an area of about 1,700ha and is part of the National Key Economic Areas under the Economic Transformation Programme.

    ReplyDelete
  10. Plantation, Industries and Commodities Minister Tan Sri Bernard Dompok said this was part of a nationwide programme under the NKEA.

    ReplyDelete
  11. He was launching the district NKEA Rubber Planting Programme to be implemented by the Sabah Rubber Industry Board here on Monday.

    ReplyDelete
  12. Rubber and oil palm are two crops identified under the programme to help boost the livelihood of the people.

    ReplyDelete
  13. For the rubber scheme under the NKEA, 40,000ha have been identified for replanting and 18,000ha for new plants across the country.

    ReplyDelete

  14. "For Sabah, nearly 7,500ha of land has been identified for the rubber scheme," he said, adding RM40 million had been approved for this.

    ReplyDelete

  15. "On top of that, RM25 million has been allocated to improve roads linking the areas identified under the scheme."

    ReplyDelete
  16. Dompok, who is also Penampang member of parliament, said these programmes were introduced to encourage people to utilise their lands.

    ReplyDelete
  17. "We have also introduced other schemes to plant cocoa, pepper, among other crops, with a clear message for people to utilise their land.

    ReplyDelete
  18. "It would be a sad day if the people in Penampang sell most of their land (because their land is not being utilised) and move elsewhere.

    ReplyDelete
  19. "There will be a lot of temptation to sell if we do not encourage development of the land."

    ReplyDelete
  20. He said with the programme, their land could become a source of income which would encourage people to hold on to their lands.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...