Friday, July 13, 2012

Keputusan permohonan ke IPTA

Posted by Smookiekins On 7/13/2012 09:22:00 AM
Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini.


Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM bagi sesi akademik 2012/2013

Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari.

“Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA.

“Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan. Keputusan belum boleh disemak, belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh universiti sedang berlangsung,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 
Sumber: New Sabah TImes
Reactions:

8 comments:

  1. Hari inilah mereka akan mengumumkan keputusan pemohonan ke IPTA. Semoga mereka yang layak akan diterima.

    ReplyDelete
  2. pasti mereka tak sabar nak tau keputusan. moga berjaya.

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka yang cemerlang akan dapat meneruskan perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar2 yang cemerlang mudah2an akan lebih berusaha lagi

      Delete
  4. diharap ramai yang dapat masuk U

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tahun jumlah pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi meningkat..

      Delete
  5. semua informasi ini patut didedahkan di peringkat sekolah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...