Friday, June 29, 2012

Hutan: Jabatan Perhutanan kini giat laksana HOB

Posted by Smookiekins On 6/29/2012 02:27:00 PM
Jabatan Perhutanan Sabah kini giat memperhebatkan usaha melaksanakan inisiatif Heart of Borneo (HOB) sebagaimana tanggungjawab bagi mengurus hutan-hutan simpan di negeri ini. Timbalan Pengarah Perhutanan, Frederic Kugan, berkata beberapa langkah penting telah pun diambil dalam usaha menyokong inisiatif ini antaranya ialah pelaksanaan projek-projek pemuliharaan hutan yang rosak di samping menjalankan ekspedisi saintifik flora dan fauna di dalam hutan simpan dikenal pasti mempunyai nilai konservasi tinggi.


  Jabatan Perhutanan kini giat laksana HOB

Beliau berkata, inisiatif HOB yang mulai diperkenalkan pada 2007 itu turut melaksanakan pembinaan pos-pos lapangan untuk tujuan perlindungan daripada aktiviti yang boleh mengancam kepentingan serta kualiti hutan perlindungan. Katanya, beberapa persidangan bertaraf antarabangsa juga diadakan bagi memperdengarkan kepada dunia luar usaha-usaha yang telah dan perlu diambil untuk memastikan inisiatif tersebut mendapat sokongan pelbagai pihak.

“Kesemua usaha dan inisiatif ini adalah bersandarkan kepada matlamat untuk mewujudkan satu lingkaran kawasan hutan perlindungan yang sihat, menepati nilai serta pembangunan mapan sekali gus untuk mencari mekanisma kewangan ke arah menyokong usaha konservasi,” jelasnya.

Frederic berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran HOB Awareness Roadshow di Dewan Serbaguna, Institut Perhutanan Sabah (IPS), di sini, pagi kelmarin. Menurut beliau, sebilangan besar penduduk di negeri ini masih tidak tahu atau sedar akan adanya inisiatif seumpamanya dijalankan sekarang ini. Justeru, tambahnya, jabatan berkenaan mengambil langkah mengadakan program bagi memperkenalkan apakah intipati inisiatif HOB sebenarnya.

“Tujuan utama matlamatnya ialah bagi memperkenalkan HOB kepada penduduk setempat yang tinggal berhampiran kawasan HOB di negeri ini. Oleh itu, pekan Telupid telah dipilih sebagai tapak pelancaran roadshow pada pagi ini. “Ini kerana, kedudukannya yang sangat strategik diselubungi beberapa hutan simpan perlindungan amat menarik selain kewujudan kampung-kampung berhampiran menjadikan Telupid sesuai sebagai model inisiatif HOB di negeri ini,” katanya.

Melalui aktiviti yang akan dilaksanakan nanti, Frederic berkata penduduk setempat terutama pelajar-pelajar sekolah akan dapat mengetahui sendiri betapa istimewanya kawasan HOB di mana mereka boleh memainkan peranan secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, katanya, Jabatan Perhutanan Sabah akan terus menganjurkan aktiviti kesedaran dan pendidikan mengenai inisiatif HOB ini kepada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri ini. Beliau menambah pelajar sekolah merupakan sasaran utama aktiviti seperti ini memandangkan mereka adalah pewaris kepada kawasan-kawasan hutan negeri ini amnya dan pewaris kepada sumber asli negeri.

“Mungkin, dalam beberapa tahun akan datang … ada diantara pelajar di sini yang akan terlibat secara langsung dalam pemuliharaan kawasan HOB dan sekali gus sebagai pelapis penting bagi memastikan khazanah hutan kita kekal selamanya untuk generasi akan datang. “Kawasan HOB ini sangat penting untuk diurus dan dipelihara kerana ia adalah di antara kawasan yang mempunyai kepelbagai biologi yang paling tinggi di dunia. Kawasan ini sangat kaya dengan spesis-spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang tidak terdapat di negara-negara lain,” kata Frederic yang mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Sabah iaitu Datuk Sam Manan.

Beliau juga memberitahu kawasan HOB penting di mana ia merupakan punca utama air terhadap penduduk setempat dan pelbagai industri yang menjalankan aktiviti pertanian. Katanya juga inisiatif HOB merupakan satu usaha konservasi hutan melalui perjanjian di antara tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia untuk mengurus dengan baik kawasan hutan yang terdapat di ketiga-tiga negara meliputi kawasan seluas 220 ribu km persegi.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

8 comments:

  1. Good job and keep up the efforts to the Sabah Forestry Department in implementing the Heart Of Borneo program in Sabah.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. These sort of initiatives are important to protect the natural heritage of our state.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Indonesia khususnya di Kalimantan sering mengalami kebakaran hutan sehingga Malaysia menghadapi masalah jerebu. harap mereka menyokong sepenuhnya usaha program HOB ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi la kalimantan jika tidak bergerak seiring dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

      Delete
  4. Kawasan hutan Borneo memang sangat luas dan memang sesuai program HOB ni untuk disokong. jangan bila hutan sudah hampir musnah baru mahu laksana program2 pemeliharaan dan pemuliharaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau la, hutan2 di Sabah tidak akan musnah selagi kerajaan negeri hari ini terus memerintah negeri ini..

      Delete
  5. tidak heran la jika kerajaan negeri Sabah terutamanya jabatan perhutanan mendapat pujian dan pengiktirafan dari badan2 antarabangsa berkenaan dengan usaha pemeliharan dan pemuliharaan hutan di negeri ini..

    ReplyDelete
  6. kerajaan negeri Sabah mmg amat prihatin dan bersungguh-sungguh dalam menjaga dan melindungi hutan2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...