Friday, December 16, 2011

Ewon: Kg Kanawahon berada dalam hutan simpan akan dikeluarkan

Posted by Smookiekins On 12/16/2011 09:24:00 AM
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin berkata Kg Kanawahon yang terletak kira-kira 115km dari pekan adalah sebuah kampung lama telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan kerajaan, akan dikembalikan kepada penduduk asal di situ. Penduduk kampung itu menghadapi kesukaran pembukaan semula tapak tanah pertanian apabila kawasan tersebut telah termasuk dalam kawasan hutan simpan berdasarkan kepada penyukatan tanah negeri. Perkara itu telah dikemukakan kepada kabinet negeri dan dibawa dalam satu mesyuarat khas, pada prinsipnya kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kawasan kampung itu untuk diberikan semula kepada penduduknya. 


Pengerusi JKKK kampung Loutis Anggang berkata akibat pertambahan penduduk yang pesat, penduduk kampung yang dahulunya berhijrah ke daerah Ranau, Tambunan, Keningau dan Tenom berhasrat untuk kembali dan membuka tanah di kampung itu untuk pertanian. Menurut beliau, bekas-bekas tapak kebun, kubur, batu sumpah dan persempadanan tanah adat di kawasan itu (yang hanya deketahui oleh penduduk asal) telah mereka tandakan malah telah membuat satu Pelan Kampung Terancang yang dipersetujui bersama dalam satu mesyuarat khas penduduk.

Datuk Ewon juga menasihati agar pemimpin kampung itu akan mengagih-agihkan tanah yang bakal dikeluarkan itu kepada penduduk yang layak dengan seadil-adilnya dan mengusahakannya sebaik mungkin serta tidak akan menjual tanah tersebut. Menurut beliau isu mengenai pengeluaran beberapa buah kampung seluruh negeri ini yang telah termasuk dalam kawasan hutan simpan sedang dalam perbincangan akhir dan keputusan dijangka siap selepas Krismas tahun ini. 

Harap-harap banyak kampung akan disenarai keluar dari Hutan Simpan Kerajaan dan mendapat semula hak mereka. Penduduk yang akan mendapat semula tanah mereka harus mengusahakan sebaik mungkin dan jangan sesuka hati menjual tanah kepada pihak lain. 

Info mengenai perkembangan RCI. PSC yang diketuai oleh Datuk Maximus telah memasukkan RCI antara syor dalam Penambahbaikan Pilihan Raya dan telah diterima dalam Parlimen. Jadi, harapan agar penubuhan RCI akan diluluskan. 

Sumber: Daily Express

31 comments:

  1. Hak rakyat mestilah dijaga, terutamanya kampung yang diwartakan sebagai hutan simpanan.

    ReplyDelete
  2. Harap isu RCI ini juga akan mendapat keputusan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Harap penduduk tidak menjual tanah setalah mendapat balik hak mereka.

    ReplyDelete
  4. Banyak kg yang telah tersenarai dalam hutan simpan kerajaan dan banyak tanah juga yang terlibat. Diharap kampung2 dan tanah2 yang terlibat akan dikembalikan kepada penduduk asal.

    ReplyDelete
  5. bgslah penduduk mendapat balik hak2 mereka. harap harus menjaga tanah mereka dgn baik.

    ReplyDelete
  6. bagaimana agaknya perkampungan dalam hutan simpan dikeluarkan??hmm..

    ReplyDelete
  7. semoga kampung2 lain yang mengalami masalah yang sama mendapat kembali hak mereka. mungkin pengagihan oleh pemimpin kampung lebih baik berbanding daripada pemberian geran komunal yang pernah diperkatakan sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. make sure the land is being distributed to the people fairly.

    ReplyDelete
  9. maybe it would be good if the gov were to check on the villagers whether the land are really distributed fairly to them by the village leaders.

    ReplyDelete
  10. i hope the villagers will make good use of their land.

    ReplyDelete
  11. Baguslah. Harap dengan cara ini takda lagi kes 'rampasan tanah' timbul.

    ReplyDelete
  12. Jadi kalau yang ada tanah tu, janganlah buat hal pula jual tu tanah. Nanti sendiri juga yang susah.

    ReplyDelete
  13. Semoga usaha yang dilakukan membuahkan hasil positif.

    ReplyDelete
  14. Bagus juga kalau ada pemantauan pasal tanah. Mana tau dapat mengelakkan masalah.

    ReplyDelete
  15. Saya harap semuanya berjalan lancar dan selesai seperti yang dijangka.

    ReplyDelete
  16. illya:Kg tu sudah sekian lama wujud. disebabkan penyukatan tanah negeri. tu kg termasuk dalam kawasn hutan simpan kerajaan. Jadi, sekarang ini kerajaan akan mengeluarkan kg tu dari kawasan hutan simpan. kg tu diberi semula kepada penduduk kg. bukan lagi hutan simpan kerajaan. jadi penduduk kg akan tinggal di situ seperti biasa. tidak perlu pindah dr kg.

    ReplyDelete
  17. Nasib penduduk Sabah harus dibela. Usaha kerajaan mengembalikan kawasan kampung kepada penduduk asal menunjukkan yang kerajaan negeri memang prihatin.

    ReplyDelete
  18. langkah mengeluarkan tanah penduduk kampung dari kawasan hutan simpan membuktikan bahawa kerajaan tidaklah terlalu kejam seperti yang diwar2kan oleh sebilangan pihak..

    ReplyDelete
  19. saya harap selepas ini lebih banyak tanah2 penduduk kampung samada yang dirampas oleh syarikat2 besar mahupun diwartakan sebagai hutan simpan, dikembalikan semula kepada penduduk kampung..

    ReplyDelete
  20. Baguslah kalau ada usaha untuk memberikan semula tanah itu kepada penduduk kampung semula.

    ReplyDelete
  21. Itulah yang kita mahu supaya akan banyak lagi kampung yang akan dikeluarkan dari senarai hutan simpan. Ini untuk memudahkan mereka melakukan pertanian dan sebagainya.

    ReplyDelete
  22. Semoga kerajaan membantu mempertahankan hak milik penduduk.

    ReplyDelete
  23. Tindakan bijak supaya penduduk dapat meneroka hutan simpanan untuk aktiviti pertanian yang boleh mendatangkan pendapatan.

    ReplyDelete
  24. Semoga tiada lagi sindiket rampas tanah.

    ReplyDelete
  25. Im sure the government will look into the issue.

    ReplyDelete
  26. kerajaan harus mencari jalan untuk mempertahankan hak milik penduduk. Jangan membiarkan syarikat besar merampas tanah melalui saluran yang tidak diketahui.

    ReplyDelete
  27. hak milik harus mencari keadah yang wajar untuk mempertahankan.

    ReplyDelete
  28. Hutan simpanan harus diguna dengan waras untuk menjalankan aktiviti pertanian yang mendapatkan pendapatan dan membangunkan ekonomi negeri.

    ReplyDelete
  29. Im sur ethe government know well about how to prevent the people land being grab.

    ReplyDelete
  30. Kenapa pula rakyat menjadi mangsa dalam kes rampas tanah? Tidakkah kerajaan yang harus membantu dan mempertahankan hak milik rakyat?

    ReplyDelete
  31. kerajaan harus sering turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat. Tanah tersebut harus dipantau agar tidak tercemar atau dijalankan aktiviti yang akan merosakkan ekosistem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...