TKM yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata kerajaan negeri ketika ini sedang menyemak tarif air di Sabah dengan mengambil kira prinsip keadilan dari segi keupayaan bayaran penggunaan air. Tarif bagi Sabah adalah pada kadar rata 90 sen setiap meter padu (m3) untuk kategori domestik dan komersil.
Beliau berkata adalah tidak adil bagi Adun Sri Tanjung Jimmy Wong untuk membandingkan tarif air di Sabah dengan tarif air di negeri-negeri lain disebabkan pendekatan berbeza dalam perkiraan tarif. Negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, jumlah penggunaan air dikira berdasarkan prinsip 'lebih banyak diguna, lebih banyak dibayar' tapi Sabah tarifnya 90 sen setiap meter padu pada sebarang jumlah air yang digunakan. Sabah mempunyai kadar tarif air paling rendah berbanding negeri-negeri lain di M'sia kecuali Pulau Pinang.
Isu-isu dibangkitkan dalam Audit Air 2008 telah diselenggarakan, dinaiktarafkan dan ini adalah proses yang berterusan. Isu-isu tersebut juga tidak dibangkitkan lagi dalam laporan Audit Air 2009 dan 2010. Oleh tu Beliau berharap Adun Sri Tanjung Jimmy Wong tidak akan lagi membangkitkam isu-isu tersebut.
Cadangan Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, untuk penswastaan perkhidmatan pengankutan keretapi. Selepas diteliti, didapati bahawa pihak yang mengemukakan cadangan itu hanya berminat terhadap aset Jabatan Keretapi Negeri Sabah jadi cadangan itu ditolak.
Mengenai penyelenggaraan jalan raya di Sabah, kerja-kerja sedang dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk jalan-jalan daerah dan majlis yang berturap.
Kos Penyelenggaraan di Sabah:
- Jalan berturap RM262 juta
- Jalan batu kelikir RM117 juta
- Jalan Daerah/Majlis RM160 juta
Penyelenggaran jalan di Sabah sangat mencabar melihat kepada topografi, iklim dan sikap pengguna jalan raya yang enggan mematuhi had berat.
2012, Kementerian Pembangunan Infrastruktur akan menerima peruntukan RM310.4 juta. Diagihkan:
- Jabatan Kerja Raya (JKR) RM180.15 juta
- Jabatan Air RM113 juta
- Jabatan Pelabuhan dan Dermaga RM14.4 juta
- Jabatan Keretapi Negeri Sabah RM2.85 juta
JKR memperuntukan:
- Jalan RM89.13 juta
- Jambatan RM35.11 juta
- Pembetungan RM33.1 juta
- Bangunan RM6.02 juta
- Cerun RM18 juta
Jabatan Air memperuntukan:
- Program bekalan air khas RM60 juta
- Pengurusan air tanpa hasil RM6 juta
- Penyambungan semula air RM3.7 juta
- kerja-kerja mendesak RM15.3 juta
- Program kajian kemungkinan rekabentuk terperinci RM11.2juta
Sumber: Daily Express


