Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah
Mohd Dun berkata peningkatan jumlah wanita dalam sektor korporat dan
bukan korporat penting bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus
daripada golongan ini memegang jawatan tertinggi dalam sektor korporat
menjelang 2016.
“Saya percaya kerjasama antara kerajaan, syarikat,
usahawan, individu dan pelbagai golongan diperlukan dalam meningkatkan
latihan, bimbingan dan pembangunan untuk ahli lembaga pengarah wanita
yang berpotensi,” kata Azizah dalam ucapannya semasa merasmikan
pelancaran Roadshow Mengenai Program Pengarah-Pengarah Wanita (On Women
Director’s Programme) di sini, kelmarin.
Azizah berkata, para
pelabur, syarikat-syarikat korporat, organisasi perkhidmatan profesional
dan firma perlu memainkan peranan secara aktif dalam menyokong
inisiatif ini.
Pengerusi syarikat harus menetapkan sasaran
peratusan jumlah wanita di dalam syarikat mereka dari tahun 2012 hingga
2015, seperti yang dituntut oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa
Saham Kuala Lumpur, katanya.


.jpg)


