Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan sentiasa
prihatin dengan golongan kurang bernasib baik dengan menyediakan
pelbagai kemudahan untuk golongan itu.
Beliau memberikan contoh
projek pembinaan Kompleks Penyayang Taman Cahaya, pusat latihan untuk
orang buta dengan kos RM6 juta di pekan Muhibbah di sini.
Pembinaan
kompleks ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam membela
nasib golongan kurang bernasib baik, katanya semasa berucap merasmikan
kompleks itu dan majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada
pilihan umum ke-13, di sini kelmarin.
Kompleks itu mula dibangunkan pada 2008 dan siap pada 2010.
Dalam
pada itu, Musa berkata walaupun banyak pembaharuan dan pembangunan yang
telah dibawa ke pekan Muhibbah, namun masih perlu beberapa
penambahbaikan dan pembangunan lagi bagi memastikan penduduk di sini
mendapat kemudahan yang diperlukan.
Katanya kemudahan yang sedang
dalam pembinaan dan bakal diwujudkan di pekan itu termasuk rumah di
bawah Projek Perumahan Rakyat, bangunan Polis Diraja Malaysia, terminal
bas, gerai mini Majlis Perbandaran Sandakan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Libaran.
“Saya amat menghargai rakyat dan saya percaya
rakyat juga khususnya rakyat Libaran amat meyakini kepimpinan BN serta
membalas budi baik kerajaan apabila rakyat baru-baru ini memberi
kemenangan besar kepada BN,” katanya.
Sementara itu, Penyelia
Pusat Latihan Orang-orang Buta Taman Cahaya, Ibrahim Abdul Hamid berkata
tujuan utama pewujudan taman tersebut adalah bagi melatih orang cacat
penglihatan agar mampu berdikari.
Menerusi latihan seperti
mengurut dan kraf tangan di kompleks itu, ada antara peserta telah
berjaya membuka perniagaan sendiri, katanya.
Sumber: New Sabah Times
0 comments:
Post a Comment