Golongan belia di negeri ini bukan sahaja diseru memartabatkan budaya
bangsa malah perlu mempelajari bahasa ibunda suku masing-masing agar
tidak luput ditelan zaman.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan
Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata ia penting sebagai
lambang identiti suku masing-masing.
Menurutnya, penguasaan bahasa ibunda perlu dipelajari agar keunikan kepelbagaian suku dan bahasa di negeri ini dapat dikekalkan.
“Jangan
sehingga bahasa kita dilupakan kerana bahasa melambangkan bangsa,
hilang bahasa keturunan kita turut hilang identiti, maka bangsa menjadi
tidak bermaya lagi.
“Kita perlu memberi perhatian serius terhadap
perkara ini kerana ianya mempunyai implikasi terhadap bangsa kita di
masa akan datang sekiranya tidak ditangani lebih awal,’’katanya.
Beliau
berkata demikian ketika bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Gawai
oleh masyarakat Iban di Kampung Iban, Kuala Merotai, di sini.
Katanya,
ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik dan mengajar anak-anak
sehingga boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan membudayakannya di
rumah.
“Kurang penggunaan bahasa Ibunda dalam pertuturan seharian
di rumah merupakan antara punca mengapa generasi hari ini gagal
menguasai bahasa Ibunda mereka,’’katanya.
Sementara itu, sambutan
Pesta Kaamatan dan Hari Gawai katanya, berupaya menjadi platform untuk
sanak saudara dan keluarga berkumpul beramah mesra selain mengeratkan
silaturahim serta membuktikan keunikan masyarakat negeri ini.
Beliau
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berkata, keunikan
sambutan pesta ini yang turut dikongsi oleh suku kaum lain menjadikan
negeri ini sebagai contoh kepada perpaduan nasional.
Sumber: New Sabah Times
0 comments:
Post a Comment