Syarikat pembuat perkakasan mudah alih, Ninetology Marketing Sdn Bhd
(Ninetology) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berjaya
mengumpul 10,000 telefon bimbit terpakai yang bakal dikitar semula dalam
usaha menghasilkan produk baru.
Usaha terbabit mampu memelihara alam sekitar tanpa memerlukan bahan baru untuk mencipta peranti mudah alih lain.
Ketua
Pegawai Eksekutif Ninetology, Sean Ng berkata, syarikatnya menawarkan
promosi dengan menggalakkan pelanggan menyerahkan telefon terpakai
mereka untuk dikitar semula bagi menebus rebat tunai yang disediakan.
“Kerjasama
dengan MNS sudah bermula sejak pengeluaran model Palette i5300 pertama
kami yang mana membolehkan pengguna mendapat diskaun jika menyerahkan
telefon lama untuk dikitar semula,” katanya.
Pada masa sama, Ninetology akan menyumbang RM1 kepada MNS sebagai simbolik keprihatinan alam sekitar syarikat.
Sementara
itu Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Shah
Redza Hussein berkata, program kitar semula telefon mampu mengurangkan
jumlah sisa buangan yang serius.
“Kajian menunjukkan kira-kira
600,000 telefon bimbit dijual sebulan di negara ini tetapi hanya 10,000
unit saja yang dihantar ke pusat pengumpulan untuk dikitar semula
apabila pemilik tidak menggunakannya lagi,” katanya.
Sumber: myMetro
Thankks for writing this
ReplyDelete