PUTRAJAYA, 10 April – Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu.
Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April).
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

Selamat menunaikan tanggungjawab mengundi dan buatlah pilihan yang bijak!
Pengumuman tarikh-tarikh penting untuk PRU-13 sudah diumumkan, marilah menjalankan kewajiban kita untuk mengundi bagi memilih kerajaan untuk lima tahun lagi.
ReplyDeleteMenilai dengan berhati-hati dan secara rasional parti yang layak diundi dan memegang tampuk pemerintahan yang akan datang
ReplyDeleteYa, betul tu.. harus berhati-hati kerana rakyat adalah penentu masa depan negara.
ReplyDeletetak lama lagi tu PRU, semua kena bersedia menghadapinya.
ReplyDelete