Tuesday, April 23, 2013

Penduduk Penampang masih tagih khidmat Dompok

Posted by Smookiekins On 4/23/2013 10:33:00 AM

PENAMPANG: Walaupun sudah berusia 64 tahun, namun khidmat Tan Sri Bernard Dompok masih ditagih pengundi di kawasan Parlimen Penampang untuk meneruskan pembangunan di kawasan mereka.
Rakyat Penampang tidak melihat faktor usia pemimpin tertinggi Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) ini, tetapi jasa yang telah ditaburkannya sejak sekian lama perlu diteruskan.


Bagi Nelson Siponong, 27, usia Dompok merupakan kelebihan kerana pada usia sebegitu adalah usia telah ‘masak’ dengan selok belok politik malah lebih arif dengan kemahuan dan kehendak rakyat.


“Muda lagi usia tu. Masih ada tenaga dan fikirannya juga masih tajam untuk membantu kami dan ini adalah pemimpin yang kami cari,” katanya kepada Bernama.


Danny Chai, 32, pula menganggap usia itu adalah usia ‘selamat’ untuk terus didampingi rakyat berbanding pemimpin berusia muda.


“Usia muda pun boleh. Tapi harus dibuktikan terlebih dahulu prestasinya sebelum boleh menggantikan yang senior,” katanya.


May Kam, 55, pula lebih melihat peribadi Dompok yang tidak pernah mewujudkan batasan ketika bersama penduduk walaupun menjawat jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.


“Senang mahu berjumpa beliau. Beliau juga datang ke majlis perkahwinan tiga anak perempuan saya. Walaupun tidak ada persiapan khas untuk beliau yang saya dilakukan, makan pun di meja biasa,” katanya.


Patricia Chin, 50, tidak dapat melupakan ketika Dompok mengunjungi kedai makannya secara mengejut tahun lalu sehingga kedainya dipenuhi orang ramai yang mahu melihat lebih dekat wajah pemimpin ini.


“Saya pun pada mulanya menyangkakan saya tersilap orang. Tetapi memang benar, itu beliau. Saya masih ingat, beliau makan ngiu chap (seakan-akan soto),” katanya.


Patricia menyifatkan pemimpin seperti Dompok adalah medium perantaraan antara rakyat dan pemimpin yang memahami masalah rakyat.


“Biarlah beliau terus memimpin. Lagipun bukan tidak pernah kita melihat pemimpin yang lebih berusia tapi masih bersemangat seperti Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang sangat bagus,” katanya.


Dompok selaku penyandang kerusi Penampang bakal berdepan calon Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Beliau menewaskan calon PKR Edwin @ Jack Bosi dan dua calon Bebas Anthony Tibok dan Levired Misih pada pilihan raya umum lepas.



Sumber : New Sabah Times 

10 comments:

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Penampang menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok di kawasan Parlimen Penampang.

    ReplyDelete
  2. Dompok merupakan seorang pemimpin yang begitu lantang dan berani dalam menyuarakan dan memperjuang kepentingan rakyat Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

    ReplyDelete
  3. ini termasuk peranan beliau dalam memastikan bahasa Kadazandusun diajar di sekolah sehinggalah bahasa itu kini diajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pewujudan Institusi Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Selain itu, ketokohan Dompok juga terserlah apabila lantang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Masalah Pendatang Asing Di Sabah.

    ReplyDelete
  5. Ternyata Dompok bukanlah calang-calang orangnya dan kami pemuda UMNO Penampang akan memberi sokongan padu kepada Dompok

    ReplyDelete
  6. Sebagai seorang menteri Persekutuan, Dompok juga memperlihatkan kewibawaannya terutama dalam memperluas penanaman atau membantu pekebun kecil di negeri ini khususnya penanaman getah dan koko,

    ReplyDelete
  7. bahawa banyak lagi pembangunan lain dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), terutama di Penampang yang mempunyai majoriti penduduk kaum Kadazandusun.

    ReplyDelete
  8. juga menyangkal gambaran yang diwar-warkan pembangkang kononnya Penampang bukan lagi kawasan selamat untuk BN.

    ReplyDelete
  9. menyifatkannya gimik politik semata-mata untuk mengelirukan pengundi, beliau mengajak rakyat Penampang bersatu dan memberikan kemenangan besar kepada calon BN pada pilihan raya umum yang akan datang.

    ReplyDelete
  10. Sabah akan terus kekal sebagai kubu kuat BN, sekali gus memastikan kemenangan cemerlang BN sama ada di peringkat Parlimen atau negeri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...