Tuesday, April 23, 2013

Bung Moktar yakin BN Kinabatangan akan dapat majoriti lebih tinggi

Posted by Smookiekins On 4/23/2013 10:43:00 AM

KINABATANGAN: Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yakin BN Kinabatangan akan memperolehi majoriti yang lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei nanti berbanding PRU pada tahun 2008.

Perpaduan dan persefahaman pemimpin serta sokongan padu rakyat sudah pasti akan memberikan kemenangan besar kepada calon-calon BN di sini
pada PRU-13 ini, kata Bung Moktar.

Bung Moktar yang merupakan penyandang kerusi Parliman Kinabatangan ditentang oleh tiga calon lain iaitu Abdullah Abdul Sani (PKR), Haji Ali Latip Haji Taha (Bebas), Yambuya Parantis @ Cyril Pongod (STAR).

Sementara untuk Kerusi DUN Kuamut, calon BN Masiung Banah yang mempertahankan kerusi berkenaan dicabar oleh dua calon lain iaitu Mustapa Datu Tambuyong (PKR) dan Edward Podok (STAR).

Kerusi DUN Sukau pula, penyandang Datuk Saddi Abdul Rahman yang mewakili BN ditentang tiga calon lain iaitu Aprin Musin (SAPP), Ahdah Sulaiman (PAS) dan Juhori Paritai (STAR).

Confident

Bung Moktar yakin BN akan memperolehi kemenangan besar di Parlimen Kinabatangan dan kerusi-kerusi DUN, Sukau dan Kuamut berdasarkan sokongan rakyat kepada BN.

Menurut beliau, dengan persiapan jentera di semua peringkat begitu menyerlah dan beliau amat yakin bahawa BN akan menang besar.
 
 
 
 
 
 
Sumber : New Sabah Times 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...