KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dijangka diumumkan minggu ini.
Beliau berkata, ini kerana proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai.
“Belum selesai. Akan di-umumkan beberapa hari lagi,” katanya kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Parti di Pusat Daga-ngan Dunia Putra di sini, semalam.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, proses pemilihan dan pembahagian kerusi untuk PRU13 akan mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dan keadaan demografi semasa di setiap kawasan bagi menjamin kemenangan parti.
“Pada asasnya, kita gunakan pencontoh 2008 dengan sedikit penyesuaian mengikut keputusan Pilihan Raya Umum 2008… bagaimana BN hendak kukuhkan peluang untuk menang,” katanya. Selain itu, Najib berkata calon yang di-pilih itu dapat membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.
Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.
“Kita ada ‘mainstream’ (parti), (sayap) Wanita, Pemuda dan Puteri, masing-masing pun ada kehendak. Kita terpaksa mengambil kira pertimbangan keseluruhan supaya keputusan bersifat seadil mungkin,” katanya.
Ditanya mengenai kriteria calon boleh menang BN, Najib berkata peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan calon parti itu.
Turut hadir Timbalan Pe-ngerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Mengenai perjumpaan bersama kira-kira 2,000 anggota jentera BN semalam, Perdana Menteri berkata ia bertujuan menerangkan proses terakhir persediaan parti itu bagi menghadapi PRU13.
“Saya telah mengambil ke-sempatan menerangkan bebe-rapa faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan ke-rusi dan calon supaya mereka faham bahawa ia adalah pro-ses yang kompleks dan rumit.
“Tak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Mustahil berlaku,” jelasnya.
Justeru, beliau mahu anggota BN memahami hakikat sebenar bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.
“Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti,” tegas Najib.
Mengenai sikap merajuk dalam kalangan anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon, Najib berkata BN akan cuba meminimumkan mas-alah itu.
“Sebab itu, dalam ucapan, saya kata seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang,” kata-nya.
Sumber : Borneo Post
kita nntikan pengumuman senarai calon untuk BN
ReplyDeleteSiapakah calon-calon BN yang memenuhi asas pemilihan calon BN seperti peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu? Sama-samalah kita nantikan
ReplyDelete