Tiga perlawanan Liga Super dan enam perlawanan Liga Perdana, hari ini
serta tiga perlawanan Liga Super, esok bakal dimulakan dengan semua
pemain dan penonton diminta berdiri untuk bertafakur selama seminit bagi
menghormati anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan
penceroboh di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, baru-baru ini.
Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya, semalam berkata,
pelaksanaan itu perlu dibuat semua pasukan tuan rumah sebelum sepak mula
perlawanan iaitu selepas berakhirnya lagu Negaraku dimainkan.
Hadiahkan Al-Fatihah
“Pasukan tuan rumah harus memastikan juruhebah perlawanan membuat pengumuman seperti berikut.
“Bagi
menghormati wira negara yang gugur di medan pertempuran di Lahad Datu
dan Semporna, Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negara, penonton dan
hadirin diminta untuk berdiri dan menghadiahkan Al-Fatihah bagi yang
beragama Islam serta bertafakur bagi yang bukan beragama Islam selama
satu minit,” kata kenyataan FAM itu.
Terdahulu, pada perlawanan
Piala AFC menemukan Kelantan dan kelab Maldives, Maziya SCR di Stadium
Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin, kira-kira 10,000 penyokong
bertafakur sempena mengenang anggota polis yang terkorban itu sebelum
perlawanan bermula.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment