Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah,
berkata konsep pemerintahan parti Barisan Nasional (BN) adalah paling
terbaik kerana keprihatinannya dalam memastikan rakyat terus terbela.
Menurut
beliau, biarpun rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi
pimpinan BN akan sentiasa berusaha terutama dalam aspek pendidikan
apabila bermacam bentuk inisiatif dan bantuan disediakan ke arah
melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang Wawasan 2020.
Beliau
berkata, usaha secara berterusan itu turut membuktikan bahawa amalan
yang telah lama dilakukan menjadi petanda betapa prihatin kerajaan hari
sentiasa memastikan kebajikan rakyat tidak pernah dilupakan.
Katanya,
sebagai contoh pemberian bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar
di seluruh negeri memberikan makna mendalam akan komitmen kerajaan
terhadap masa depan pembelajaran anak-anak.
“Pemberian beg sekolah
adalah bagi memberi satu semangat kepada anak- anak untuk pergi ke
sekolah khususnya kepada anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.
“Kita
sentiasa prihatin dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan
maka sebab itu bila tibanya musim persekolahan di awal tahun, kita akan
memberikan bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar terutama di
kawasan saya iaitu Tanjung Papat.
“Saya gembira sewaktu
menyampaikan bantuan tadi kerana anak-anak yang menerima bantuan beg
sekolah ini adalah merupakan aset terpenting terhadap pembangunan
negara,” ujarnya.
Raymond berkata demikian kepada pemberita semasa
ditemui pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah kepada Seramai 816
Pelajar-Pelajar di Kawasan Tanjung Papat yang berlangsung di Dewan SJK
(C) Chi Wah, dekat sini, kelmarin.
Sehubungan itu, katanya,
golongan ibubapa perlu memastikan anak-anak cemerlang dalam pembelajaran
dan tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai penjaga.
Ini
kerana, katanya, kerajaan menyediakan pelbagai program pendidikan bagi
memastikan kejayaan anak-anak memandangkan usaha melahirkan modal insan
yang cemerlang memerlukan gandingan kerjasama.
“Untuk mencapai
sebuah negara yang maju, kita memerlukan anak-anak yang lengkap dengan
ilmu pengetahuan … sebab itu, kerajaan menyediakan macam-macam bantuan
adalah bagi memastikan mereka dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan
yang lebih baik iaitu selari dengan tuntutan global.
“Justeru, ibubapa memainkan peranan penting memandangkan proses awal pendidikan adalah bermula dari rumah.
“Kejayaan
memberikan didikan yang sempurna pastinya melahirkan anak-anak yang
cemerlang apabila melangkah ke sekolah nanti,” kata Raymond yang juga
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat itu.
Sumber: New Sabah Times
Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di negara ini dan ianya diberikan secara berterusan dan pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerjaaan selama ini untuk memantu meringankan ibu bapa dan pelajar antaranya melalui Kumpuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Makanan Tambahan Seimbang.
ReplyDeleteMelalui bantuan yang diberikan kerajaan itu, ianya diharap akan dapat membantu meringankan sedikit beban di kalangan ibu bapa terutamanya bagi membayai perbelajaan bagi persiapan untuk sesi persekolahan anak-anak.
ReplyDeleteKita amat berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diatasi pemberian bantuan kewangan itu, ianya bukti jelas kerajaan BN sentiasa prihatian dan mengambil berat kebajikan ibu bapa dan pelajar.
ReplyDeleteBantuan tersebut merupakan bantuan ikhlas kerajaan BN untuk membantu meringankan bebenan ibu bapa terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dan bukannya ‘umpan’ pilihan raya.
ReplyDeletepemerintahan BN adalah terbaik.
ReplyDelete