Tuesday, December 11, 2012

Sambutan Krismas peluang rakyat kukuh perpaduan

Posted by Smookiekins On 12/11/2012 01:15:00 PM

Sambutan perayaan Hari Krismas memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengukuhkan hubungan antara satu sama lain, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Sesuai dengan konsep 1Malasyia perayaan Hari Krismas yang juga dirai oleh masyarakat dari berlainan bangsa dan agama mencerminkan keadaan rakyat yang hidup dalam keadaan harmoni,” kata Maximus semasa berucap di Konsert Hari Krismas anjuran Kolej Global Masterskill Kota Kinabalu (MGC KK), di sini, kelmarin.

Katanya, enam rumah terbuka peringkat Nasional yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan juga turut menggambarkan kekayaan Malaysia dari segi budaya, sejarah dan warisan.

Rumah terbuka itu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas.

Sementara itu, Maximus turut menyatakan bahawa Konsert Hari Krismas anjuran MGC KK ini menggambarkan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan MGC KK dalam menekankan kepentingan nilai kerohanian dan keagamaan kepada para pelajar.

“Dalam sistem pendidikan pihak pengurusan tidak seharusnya terlampau sibuk menekankan kepentingan akademik kepada para pelajar kerana penerapan nilai keagamaan juga sangat penting kepada mereka,” katanya sambil menyatakan bahawa Majlis yang diadakan ini turut mencerminkan kebebasan beragama yang terdapat di negara ini.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Group Berhad (MEGB), Dato’ Seri Dr. Edmund Santhara, Kolej Masterskill di sini akan menghadapi lebih banyak lagi kemajuan dan pembangunan pada masa hadapan.

Antaranya adalah Kolej Masterskill akan menjalin kerjasama dengan salah sebuah universiti dari United Kingdom pada tahun hadapan.

“Melalui kerjasama ini pelajar dari Kolej Masterskill berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti di luar negara tersebut,” katanya.

Selain itu, Edmund turut menyampaikan mesej Hari Krismas dengan menasihati para pelajar supaya terus menjaga kelakuan dan akhlak yang baik selepas menamatkan pengajian mereka.

Katanya, pelajar juga harus merebut segala peluang yang ada di depan mata mereka demi mencapai sebuah kejayaan.


Sumber: New Sabah Times

5 comments:

  1. Negara yang kaya dengan pelbagai perayaan. ada yang kata Malaysia sebuah negara yang mempunyai public holiday yang banyak:)

    ReplyDelete
  2. Semoga perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum akan tetap teguh.

    ReplyDelete
  3. Malaysia adalah negara yang begitu byk perayaan.

    ReplyDelete
  4. Perayaan krismas pasti dapat mengeratkan tali persaudaraan

    ReplyDelete
  5. Ambil peluang ni untuk saling mengunjungi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...