Terdapat lebih 32,000 pemohon kerja di Sabah, kata Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berdasarkan statistik terkini daripada
Jobs Malaysia.
Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan
komited membantu golongan ini dengan melaksanakan program Skim Latihan
1Malaysia (SL1M) yang melibatkan pihak swasta menerusi Tangungjawab
Sosial Korporat (CSR).
“Pelaksanaan program SL1M ini adalah
bertepatan dengan masanya kerana sekurang-kurangnya ia berupaya
mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan,” katanya ketika
menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Program Outreach SL1M
Untuk Graduan dan Sesi Penerangan Berkenaan Insentif Potongan Cukai
Berganda Kepada Syarikat Yang Menyertai Program SL1M Peringkat Negeri
Sabah 2012, di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.
Katanya,
Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik usaha pelbagai pihak termasuk
daripada jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta dalam
membantu mengurangkan pengangguran di kalangan graduan di Sabah.